{"id":11371,"date":"2026-06-09T07:28:59","date_gmt":"2026-06-09T07:28:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11371"},"modified":"2026-06-09T07:28:59","modified_gmt":"2026-06-09T07:28:59","slug":"perpisahan-pas-bersatu-sudah-dijangka-apabila-tiada-keikhlasan-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perpisahan-pas-bersatu-sudah-dijangka-apabila-tiada-keikhlasan-zahid\/","title":{"rendered":"Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>UMNO mendakwa keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana perkembangan itu sudah dijangka berdasarkan corak hubungan yang dibina antara kedua-dua parti sebelum ini.<\/p>\n<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang kerjasama politik yang hanya bergantung kepada perjanjian semata-mata tanpa disertai keikhlasan dan kepercayaan yang kukuh sukar untuk bertahan dalam jangka panjang.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkembangan yang berlaku antara PAS dan Bersatu seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak sesebuah gabungan politik perlu diasaskan kepada komitmen yang tulen serta bebas daripada unsur pengkhianatan.<\/p>\n<p>\u201cKami sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Kita bukan mendahului hukum Allah, tetapi ini adalah satu telahan dari sudut pandang politik di mana sebarang kolaborasi mesti dilingkungi dengan penuh keikhlasan dan tidak ada unsur-unsur pengkhianatan di dalamnya.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah satu ibrah atau pengajaran bahawa sebarang kolaborasi bukan hanya bersandarkan kepada sudut pandang politik semata-mata, tetapi harus dilihat dari segi pembangunan dan kesatuan sebuah negara bangsa,\u201d katanya selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman PAS pada malam tadi bahawa parti berkenaan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas mengambil kira laporan, kajian serta penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu turut memperakukan ketetapan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu yang menilai aspek dasar, hukum dan maslahah dalam kerjasama politik PAS berasaskan prinsip penyatuan ummah.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menandakan berakhirnya hubungan politik yang pernah menjadi antara tunjang utama Perikatan Nasional (PN) sejak gabungan tersebut ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.<\/p>\n<p>Kerjasama PAS dan Bersatu sebelum ini memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerjasama politik yang dibentuk tidak seharusnya berlandaskan kepentingan kuasa semata-mata, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara dan usaha menyatukan rakyat.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan sesebuah gabungan politik perlu dirancang untuk jangka masa panjang agar matlamat pembangunan negara dapat dicapai secara konsisten dan berterusan.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap jika ada langkah-langkah kerjasama yang akan dilakukan selepas ini, ia mesti bukan hanya penandatanganan di atas kertas atau baiah yang dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cYang penting ialah keikhlasan yang harus diterjemahkan untuk satu hubungan jangka panjang dan berkekalan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO mendakwa keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana perkembangan itu sudah dijangka berdasarkan corak hubungan yang dibina antara kedua-dua parti sebelum ini. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang kerjasama politik yang hanya bergantung kepada perjanjian semata-mata tanpa disertai keikhlasan dan kepercayaan yang kukuh sukar untuk bertahan dalam jangka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,73,126,541,4110,146],"authors":[],"class_list":["post-11371","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bersatu","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-perpisahan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11371"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11371\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11372,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11371\/revisions\/11372"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11371"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}