{"id":11374,"date":"2026-06-09T07:32:53","date_gmt":"2026-06-09T07:32:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11374"},"modified":"2026-06-09T07:32:53","modified_gmt":"2026-06-09T07:32:53","slug":"pembangunan-ai-perlu-berteraskan-nilai-kemanusiaan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembangunan-ai-perlu-berteraskan-nilai-kemanusiaan-pmx\/","title":{"rendered":"Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu berpaksikan nilai kemanusiaan, integriti dan tanggungjawab moral, bukannya didorong semata-mata oleh kepentingan ekonomi atau keuntungan korporat, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, AI tidak seharusnya dilihat sebagai satu bidang teknologi yang terpisah, sebaliknya merupakan faktor merentas disiplin yang memberi kesan kepada ekonomi, pendidikan, teknologi dan pelbagai cabang ilmu lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, dunia ketika ini berdepan cabaran yang lebih besar daripada kemajuan teknologi semata-mata apabila konflik, peperangan, ketidakadilan dan penindasan masih berterusan walaupun industri AI berkembang pesat.<\/p>\n<p>\u201cKita menyokong kemajuan teknologi termasuk AI, namun jika ia masuk ke rumah, sekolah, hospital, pejabat, institusi awam bahkan minda kita, maka cabaran yang dihadapi adalah amat besar.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti membina sistem yang berkhidmat untuk manusia bagi memperkayakan lagi nilai kemanusiaan, bukannya merendahkannya,\u201d katanya ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk \u2018Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin\u2019 sempena lawatan rasmi beliau ke Universiti Tokyo, Jepun.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kemajuan teknologi perlu memastikan institusi terus bertanggungjawab kepada rakyat dan masyarakat tidak melupakan nilai-nilai yang tidak mampu diwarisi oleh mesin.<\/p>\n<p>\u201cIa bagi memastikan institusi kekal bertanggungjawab kepada rakyat serta masyarakat terus mengingati perkara yang tidak boleh diwarisi oleh mesin iaitu hati nurani, ihsan, rahmah, tanggungjawab, integriti dan keprihatinan terhadap sesama insan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam syarahan itu, beliau turut memberi amaran masa depan teknologi AI kini semakin dipengaruhi oleh segelintir negara dan kumpulan korporat besar yang menguasai sumber kritikal bagi pembangunan teknologi berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sistem yang menggerakkan era baharu AI memerlukan data berskala besar, cip pemprosesan, tenaga, infrastruktur awan dan modal yang besar, namun sumber tersebut tidak diagihkan secara seimbang.<\/p>\n<p>Katanya, ketidakseimbangan itu bukan sekadar isu teknikal, malah boleh memberi kesan kepada aspek kedaulatan negara, demokrasi dan kebertanggungjawaban awam.<\/p>\n<p>\u201cGolongan kapitalis, pemilik syarikat dan konglomerat mahu menentukan maksud tamadun, bagaimana peperangan, nasib sesebuah negara dan nilai strategik dirasionalisasikan, malah masa depan demokrasi.<\/p>\n<p>\u201cNamun demokrasi adalah mengenai penyertaan. Ia mengenai keadilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Lawatan Anwar ke Jepun turut menyaksikan beliau menerima kunjungan hormat Presiden Universiti Tokyo, Profesor Teruo Fujii.<\/p>\n<p>Isu pembangunan AI yang beretika semakin mendapat perhatian di peringkat global susulan kebimbangan terhadap risiko penyalahgunaan teknologi itu, termasuk penyebaran maklumat palsu, pelanggaran privasi serta pengaruh syarikat teknologi gergasi terhadap dasar awam dan proses demokrasi.<\/p>\n<p>Esok, Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-31 bertemakan \u2018Navigating Strategic Uncertainty\u2019, yang akan menyentuh peranan Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa serta meneroka peluang baharu bagi memperkukuh kemakmuran serantau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu berpaksikan nilai kemanusiaan, integriti dan tanggungjawab moral, bukannya didorong semata-mata oleh kepentingan ekonomi atau keuntungan korporat, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, AI tidak seharusnya dilihat sebagai satu bidang teknologi yang terpisah, sebaliknya merupakan faktor merentas disiplin yang memberi kesan kepada ekonomi, pendidikan, teknologi dan pelbagai cabang ilmu lain. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,13,361,331,4111,18],"authors":[],"class_list":["post-11374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-anwar","tag-jepun","tag-kecerdasan-buatan","tag-nikkei","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11375,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11374\/revisions\/11375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}