{"id":11376,"date":"2026-06-09T07:37:46","date_gmt":"2026-06-09T07:37:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11376"},"modified":"2026-06-09T07:37:46","modified_gmt":"2026-06-09T07:37:46","slug":"amanah-sasar-bertanding-20-kerusi-pada-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-sasar-bertanding-20-kerusi-pada-prn-johor\/","title":{"rendered":"Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah menyasarkan sekurang-kurangnya 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka berlangsung nanti.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata parti itu berharap rundingan pengagihan kerusi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dapat dimuktamadkan secepat mungkin bagi membolehkan persiapan pilihan raya digerakkan secara lebih tersusun.<\/p>\n<p>Menurut beliau, cadangan jumlah kerusi yang diminta Amanah adalah seimbang dengan pembahagian yang lazim diamalkan dalam PH, dengan DAP kebiasaannya bertanding antara 14 hingga 16 kerusi manakala baki kerusi ditandingi PKR.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap perkara ini dapat dimuktamadkan segera kerana tarikh penamaan calon semakin hampir. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, kita menjangkakan PRN Johor akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama warga agensi itu di Kota Bharu hari ini.<\/p>\n<p>Khalid menegaskan, PH memasuki PRN Johor bukan sekadar untuk menjadi blok pembangkang yang kuat, sebaliknya dengan matlamat meraih majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cPengagihan kerusi perlu diselesaikan segera kerana kita mahu memberi tumpuan penuh kepada usaha memenangkan PH. Sasaran kita bukan hanya menambah kerusi, tetapi membentuk kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan Amanah telah mengarahkan seluruh jentera parti di Johor supaya memperkukuh organisasi dan meningkatkan aktiviti akar umbi bagi memperkukuhkan sokongan terhadap PH menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebagai komponen dalam gabungan itu, Amanah akan memainkan peranan aktif di semua peringkat jentera pilihan raya dan memberi komitmen untuk membantu kemenangan semua calon PH tanpa mengira parti yang diwakili.<\/p>\n<p>\u201cTanggungjawab kita adalah memastikan kemenangan setiap calon PH, sama ada daripada Amanah, PKR mahupun DAP,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Johor menjadi tumpuan politik susulan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baharu.<\/p>\n<p>Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan menguasai majoriti kerusi DUN, manakala PH dan Perikatan Nasional (PN) menjadi blok pembangkang di negeri itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah menyasarkan sekurang-kurangnya 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka berlangsung nanti. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata parti itu berharap rundingan pengagihan kerusi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dapat dimuktamadkan secepat mungkin bagi membolehkan persiapan pilihan raya digerakkan secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6998,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,409,630,100,1353,103],"authors":[],"class_list":["post-11376","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-dun","tag-johor","tag-kerusi","tag-khalid-samad","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11376","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11376"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11376\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11377,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11376\/revisions\/11377"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6998"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11376"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11376"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11376"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11376"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}