{"id":11382,"date":"2026-06-09T08:32:48","date_gmt":"2026-06-09T08:32:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11382"},"modified":"2026-06-09T08:50:21","modified_gmt":"2026-06-09T08:50:21","slug":"umno-jangan-ulang-formula-lama-kerjasama-dengan-pas-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-jangan-ulang-formula-lama-kerjasama-dengan-pas-mahfuz\/","title":{"rendered":"UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>UMNO perlu menjelaskan kepada rakyat sekiranya parti itu bercadang menjalin semula kerjasama politik dengan PAS susulan keputusan parti Islam itu menamatkan hubungan politik dengan Bersatu, Mahfuz Omar.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah itu berkata, tindakan PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu memberi gambaran bahawa parti berkenaan sedang membuka laluan kepada bentuk kerjasama politik baharu yang mengingatkan kepada model Muafakat Nasional sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika UMNO bersedia menerima semula PAS sebagai rakan politik, parti itu perlu menjelaskan sama ada ia sanggup berkompromi dengan pendekatan politik yang selama ini dibawa PAS.<\/p>\n<p>\u201cJika benar UMNO menerima semula PAS dalam kerjasama politik baharu, maka UMNO perlu menjelaskan kepada rakyat. Adakah UMNO kini bersedia merelakan politik garis keras agama berkembang semula demi kepentingan kuasa?\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, keputusan PAS meninggalkan Bersatu turut menimbulkan persoalan mengenai naratif \u201cpenyatuan ummah\u201d yang selama ini dijadikan asas kepada pembentukan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cJika PN benar-benar perjuangan ummah, mengapa PAS sendiri memutuskan hubungan dengan Bersatu? Ini menunjukkan slogan agama yang dimainkan selama ini hanyalah alat politik sementara.<\/p>\n<p>\u201cPAS tidak tinggalkan Bersatu kerana prinsip. PAS tinggalkan Bersatu kerana survival politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa PAS tidak menyatakan pendirian untuk keluar daripada PN secara jelas, sebaliknya kembali menggunakan istilah seperti \u201cpenyatuan ummah\u201d dan \u201celectoral pact\u201d, sekali gus menguatkan tanggapan parti itu sedang mencari jajaran politik baharu menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mengingatkan rakyat kini lebih memerlukan penyelesaian terhadap isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, pelaburan dan ekonomi berbanding polemik politik berasaskan kaum dan agama.<\/p>\n<p>\u201cRakyat mahu masa depan negara dibina dengan idea dan dasar, bukan dengan ketakutan kaum dan agama.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia perlukan politik penyelesaian, bukan politik ketakutan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, PAS mengumumkan keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas beberapa tahun kedua-dua parti menjadi tonggak utama PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO perlu menjelaskan kepada rakyat sekiranya parti itu bercadang menjalin semula kerjasama politik dengan PAS susulan keputusan parti Islam itu menamatkan hubungan politik dengan Bersatu, Mahfuz Omar. Naib Presiden Amanah itu berkata, tindakan PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu memberi gambaran bahawa parti berkenaan sedang membuka laluan kepada bentuk kerjasama politik baharu yang mengingatkan kepada model [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,73,824,3300,1737,126,146],"authors":[],"class_list":["post-11382","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-bersatu","tag-kerjasama","tag-mahfuz-omar","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11382","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11382"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11382\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11383,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11382\/revisions\/11383"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11382"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11382"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11382"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11382"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}