{"id":11394,"date":"2026-06-09T15:26:36","date_gmt":"2026-06-09T15:26:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11394"},"modified":"2026-06-09T15:26:36","modified_gmt":"2026-06-09T15:26:36","slug":"pemasyhuran-di-melaka-tidak-sah-dan-langgar-adat-istiadat-pengelola-bijaya-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemasyhuran-di-melaka-tidak-sah-dan-langgar-adat-istiadat-pengelola-bijaya-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Pemasyhuran di Melaka tidak sah dan langgar adat istiadat: Pengelola Bijaya Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu disifatkan sebagai tidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali berkata majlis yang diadakan pada 5 Jun itu tidak mempunyai sebarang kedudukan sah di sisi perlembagaan negeri mahupun adat yang menjadi asas sistem pemerintahan beraja Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cAdalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, susulan itu, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja\u2019afar tidak mempunyai sebarang kuasa atau kesan perundangan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja\u2019afar adalah tidak berkuat kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Jumaat lalu, Tunku Nadzaruddin dilaporkan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Alor Gajah.<\/p>\n<p>Pemasyhuran itu diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan menegaskan pemasyhuran berkenaan tidak mempunyai pengiktirafan rasmi.<\/p>\n<p>Azizi turut menjelaskan tindakan menerima gelaran yang tidak sah itu menyebabkan Tunku Nadzaruddin secara automatik kehilangan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.<\/p>\n<p>\u201cSehubungan itu, tiada lagi penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar, Putera Yang Empat Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengikut adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, pemilihan Yang di-Pertuan Besar dilakukan oleh Undang Yang Empat yang mempunyai peranan penting dalam menentukan pewaris takhta negeri tersebut.<\/p>\n<p>Kenyataan terbaru Istana Negeri Sembilan itu sekali gus menegaskan pendirian rasmi istiadat pemasyhuran yang berlangsung di Melaka tidak mempunyai sebarang kedudukan sah dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu disifatkan sebagai tidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali berkata majlis yang diadakan pada 5 Jun itu tidak mempunyai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11184,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4115,585,1154,4114,4117,4116,4088],"authors":[],"class_list":["post-11394","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azizi-mohamad-ali","tag-krisis","tag-negeri-sembilan","tag-pengelola-bijaya","tag-takhta","tag-tunku-nadzaruddin","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11395,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11394\/revisions\/11395"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11184"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11394"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}