{"id":1140,"date":"2025-06-29T09:06:37","date_gmt":"2025-06-29T09:06:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1140"},"modified":"2025-06-29T09:06:37","modified_gmt":"2025-06-29T09:06:37","slug":"umno-bentuk-kerajaan-dengan-ph-untuk-selamatkan-negara-tok-mat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-bentuk-kerajaan-dengan-ph-untuk-selamatkan-negara-tok-mat\/","title":{"rendered":"UMNO bentuk kerajaan dengan PH untuk selamatkan negara: Tok Mat"},"content":{"rendered":"<p>Langkah untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) adalah kerana UMNO-Barisan Nasional (BN) mahu menyelamatkan negara, kata Mohamad Hasan.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden UMNO itu berkata keputusan dimuktamadkan untuk bekerjasama dengan PH kerana ketika itu ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu memandangkan tiada kerajaan berjaya dibentuk, malah 10 Ahli Parlimen juga dicuri secara diam-diam untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Katanya, untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia moden selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana pihak boleh membentuk kerajaan selepas tiga hari PRU berlangsung.<\/p>\n<p>&#8220;Pada PRU15, PH dapat 82, PN (Perikatan Nasional) pula menang 73 kerusi, tapi masing-masing nak jadi Perdana Menteri. Dalam diam-diam mereka curi 10 orang (Ahli Parlimen) kita.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika itu, kita berhadapan dengan keadaan tidak menentu, ringgit merudum manakala pelabur sudah lari. Apabila disaran membentuk Kerajaan Perpaduan, kami bermesyuarat.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada 56 ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, 54 setuju manakala dua lagi berkecuali. Selepas mesyuarat, kami menyatakan persetujuan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Tangkak hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Abdul Rahim Talib.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, UMNO tidak memerlukan gabungan mana-mana parti kerana mereka sudah ada rakan seperti MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, kita jangan terlalu mudah terperangkap dengan individu yang bercakap mengenai UMDAP,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Mohamad mengingatkan pemimpin dan UMNO supaya mengambil iktibar kekalahan sejak PRU15 pada 2018.<\/p>\n<p>Katanya, kekalahan itu menyebabkan UMNO hilang beberapa kerusi dan tidak lagi membentuk kerajaan sebagai parti yang kukuh seperti mana direkodkan pada PRU sebelum itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kejayaan UMNO\/BN di PRN Johor amat membanggakan tapi malangnya, pada PRU lalu (peringkat Parlimen) kita kecewa. Menang lebih dua pertiga di Johor dan Melaka tapi bila PRU, kita tidak seperti dijangkakan,&#8221; katanya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) adalah kerana UMNO-Barisan Nasional (BN) mahu menyelamatkan negara, kata Mohamad Hasan. Timbalan Presiden UMNO itu berkata keputusan dimuktamadkan untuk bekerjasama dengan PH kerana ketika itu ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu memandangkan tiada kerajaan berjaya dibentuk, malah 10 Ahli Parlimen juga dicuri secara diam-diam untuk menyokong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1141,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,283,727,635,146],"authors":[],"class_list":["post-1140","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-mohamad-hasan","tag-pakatan-harapan","tag-umdap","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1140","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1140"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1140\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1142,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1140\/revisions\/1142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1141"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1140"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1140"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1140"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1140"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}