{"id":11412,"date":"2026-06-10T05:58:55","date_gmt":"2026-06-10T05:58:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11412"},"modified":"2026-06-10T05:58:55","modified_gmt":"2026-06-10T05:58:55","slug":"spr-bermesyuarat-jumaat-dijangka-umum-tarikh-prn-johor-dan-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spr-bermesyuarat-jumaat-dijangka-umum-tarikh-prn-johor-dan-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kedua-dua negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Nota Kepada Pengarang yang dikongsikan SPR hari ini, mesyuarat khas itu akan berlangsung pada pukul 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan sejurus selepas mesyuarat selesai.<\/p>\n<p>Mesyuarat berkenaan dijangka menetapkan tarikh penting pilihan raya termasuk hari penamaan calon, hari pengundian serta tempoh berkempen bagi kedua-dua negeri.<\/p>\n<p>DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan secara rasmi pada Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada PRN, manakala DUN Johor yang memiliki 56 kerusi dibubarkan lebih awal pada 1 Jun.<\/p>\n<p>\u201cSPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor dan Negeri Sembilan pada Jumaat ini,\u201d menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu.<\/p>\n<p>PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan kerana ia dilihat sebagai medan ujian penting kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), selain bakal mencerminkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri dan parti-parti utama di peringkat nasional.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pembubaran DUN Negeri Sembilan turut mencetuskan polemik apabila terdapat dakwaan bahawa proses itu berkemungkinan tidak sah kerana didakwa tidak mendapat persetujuan pemerintah bersama negeri, iaitu Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.<\/p>\n<p>Selain itu, isu berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut menjadi perhatian selepas timbul dakwaan mengenai penurunan takhta baginda oleh Undang Luak.<\/p>\n<p>Perkara itu dibangkitkan susulan perkenan yang diberikan baginda terhadap pembubaran DUN Negeri Sembilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kedua-dua negeri berkenaan. Menurut Nota Kepada Pengarang yang dikongsikan SPR hari ini, mesyuarat khas itu akan berlangsung pada pukul 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan sejurus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,409,630,1154,103,1394],"authors":[],"class_list":["post-11412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-dun","tag-johor","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11413,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11412\/revisions\/11413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11412"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}