{"id":11422,"date":"2026-06-10T10:00:07","date_gmt":"2026-06-10T10:00:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11422"},"modified":"2026-06-10T10:00:07","modified_gmt":"2026-06-10T10:00:07","slug":"amk-bidas-akmal-cuba-ugut-pmx-nasihat-jangan-jadi-parasit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-bidas-akmal-cuba-ugut-pmx-nasihat-jangan-jadi-parasit\/","title":{"rendered":"AMK bidas Akmal cuba ugut PMX, nasihat jangan jadi parasit"},"content":{"rendered":"<p>Pertikaman lidah antara pemimpin Pemuda PKR dan UMNO terus memuncak apabila Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, sebagai \u201cparasit\u201d dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataannya yang dilihat berbaur ugutan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata Akmal sepatutnya memahami latar belakang pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang menurutnya diwujudkan atas titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) itu turut disokong oleh Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa Ahli Parlimen bebas.<\/p>\n<p>\u201cSaya hairan mengapa Akmal gagal faham perkara ini. Atau mungkin dia sengaja buat tidak faham kerana memang menjadi parasit dalam Kerajaan Perpaduan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Nabil turut mencabar Ahli Parlimen UMNO supaya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Anwar sekiranya mereka benar-benar merasakan parti itu tidak lagi dihargai dalam pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cAkmal tidak perlu mengugut Perdana Menteri supaya membuang semua Ahli Parlimen UMNO daripada kerajaan. Jika UMNO merasakan mereka tidak dihargai dan tidak lagi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, saya cabar mereka mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyindir Akmal dengan menyifatkannya sebagai \u201cikon kaki ugut negara\u201d sekiranya cabaran tersebut tidak disahut.<\/p>\n<p>Kenyataan Nabil itu dibuat bagi mempertahankan penjelasan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim, yang sebelum ini menyentuh mengenai proses pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15.<\/p>\n<p>Terdahulu, Akmal membidas kenyataan Kamil yang mendakwa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, bersikap angkuh apabila mengingatkan mengenai peranan BN dalam pembentukan kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut Akmal, pemimpin PKR sendiri pernah menemui kepimpinan UMNO di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mendapatkan sokongan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.<\/p>\n<p>\u201cMungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa apa yang berlaku ketika penubuhan Kerajaan Perpaduan dahulu. Pemimpin parti kamu datang ke Seri Pacific untuk bertemu kepimpinan UMNO bagi menubuhkan kerajaan bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Akmal turut mencabar Anwar supaya menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan jika benar BN dianggap tidak memainkan peranan dalam pembentukan pentadbiran semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertikaman lidah antara pemimpin Pemuda PKR dan UMNO terus memuncak apabila Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, sebagai \u201cparasit\u201d dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataannya yang dilihat berbaur ugutan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata Akmal sepatutnya memahami latar belakang pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6065,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,164,170,1093,171,9,18,146],"authors":[],"class_list":["post-11422","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-amk","tag-anwar-ibrahim","tag-nabil-halimi","tag-pemuda","tag-pkr","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11422","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11422"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11422\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11423,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11422\/revisions\/11423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6065"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11422"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}