{"id":11427,"date":"2026-06-10T10:10:38","date_gmt":"2026-06-10T10:10:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11427"},"modified":"2026-06-10T10:10:38","modified_gmt":"2026-06-10T10:10:38","slug":"bn-yakin-agihan-kerusi-prn-johor-negeri-sembilan-tiada-pertindihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-yakin-agihan-kerusi-prn-johor-negeri-sembilan-tiada-pertindihan\/","title":{"rendered":"BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) yakin proses agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertindihan tuntutan antara parti komponennya.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi telah berlangsung dengan lancar dan setakat ini tidak timbul sebarang isu besar yang boleh menjejaskan persiapan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, amalan musyawarah dan permuafakatan yang menjadi teras BN sejak sekian lama membolehkan setiap perbezaan pandangan diselesaikan secara bersama.<\/p>\n<p>\u201cPada dasarnya kita tidak mendapati sebarang masalah untuk proses agihan itu dilakukan kerana perbincangan awal sudah pun diadakan.<\/p>\n<p>\u201cDi peringkat ini kita hanya perlu memperkukuhkan lagi dari segi calon dan pembahagian kerusi kepada komponen kita. Pada dasarnya tidak ada masalah yang besar,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis syarahan di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan berlaku pertindihan tuntutan kerusi antara parti dalam BN, beliau menegaskan perkara itu tidak akan berlaku kerana semua keputusan akan dibuat secara kolektif.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak akan ada pertindihan. Walaupun pada peringkat awal mungkin ada pihak yang mencadangkan calon atau kerusi tertentu, akhirnya itulah semangat BN.<\/p>\n<p>\u201cKami akan duduk bersama dan membuat keputusan secara bersama untuk meletakkan calon-calon di kerusi yang dipersetujui,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zambry berkata, budaya rundingan yang diamalkan dalam BN terbukti menjadi kekuatan utama gabungan itu dalam menyelesaikan isu berkaitan pengagihan kerusi dan pemilihan calon.<\/p>\n<p>Beliau menambah, fokus utama ketika ini adalah memperkemaskan persiapan pilihan raya termasuk memuktamadkan calon yang bakal bertanding di Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>PRN di kedua-dua negeri dijangka menjadi tumpuan kerana ia bakal menguji kekuatan parti-parti utama selepas perubahan landskap politik negara sejak Pilihan Raya Umum Ke-15.<\/p>\n<p>Jumaat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan berkaitan PRN Johor dan Negeri Sembilan, termasuk tarikh penamaan calon serta hari pengundian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) yakin proses agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertindihan tuntutan antara parti komponennya. Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi telah berlangsung dengan lancar dan setakat ini tidak timbul sebarang isu besar yang boleh menjejaskan persiapan gabungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5618,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,409,630,100,1154,103,677],"authors":[],"class_list":["post-11427","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dun","tag-johor","tag-kerusi","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11427","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11427"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11427\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11428,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11427\/revisions\/11428"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5618"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11427"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11427"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11427"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11427"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}