{"id":11429,"date":"2026-06-10T10:13:30","date_gmt":"2026-06-10T10:13:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11429"},"modified":"2026-06-10T10:13:30","modified_gmt":"2026-06-10T10:13:30","slug":"pas-bukan-putus-hubungan-terus-dengan-bersatu-tuan-ibrahim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-bukan-putus-hubungan-terus-dengan-bersatu-tuan-ibrahim\/","title":{"rendered":"PAS bukan putus hubungan terus dengan Bersatu: Tuan Ibrahim"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan bertujuan memutuskan hubungan antara kedua-dua parti, sebaliknya memberi ruang kepada masing-masing menentukan hala tuju politik tanpa terikat dengan sebarang kerjasama rasmi.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pengalaman dan cabaran yang timbul sepanjang tempoh kerjasama antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa isu yang berlaku sebelum ini menunjukkan wujud kekangan dalam usaha memperkukuhkan hubungan serta kerjasama politik antara PAS dan Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, tindakan PAS Melaka menjemput Ahli Parlimen Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin ke program anjuran PAS tidak disenangi oleh rakan-rakan daripada Bersatu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cJika jemputan seperti itu pun menimbulkan rasa tidak selesa, apatah lagi apabila melibatkan usaha menyatukan pelbagai kumpulan dalam gerak kerja PN,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa usaha PAS untuk membawa beberapa pertubuhan dan parti lain seperti Berjasa, Pejuang dan Perkasa menyertai PN tidak berjaya kerana mendapat bantahan daripada Bersatu.<\/p>\n<p>Tuan Ibrahim berkata, beberapa perkembangan di peringkat negeri termasuk di Perlis dan Negeri Sembilan, selain kenyataan terbuka yang disifatkan sebagai serangan terhadap PAS oleh segelintir pemimpin Bersatu, turut menyumbang kepada keputusan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPAS akhirnya tidak mempunyai pilihan selain membawa isu kerjasama ini kepada Majlis Syura untuk mendapatkan pandangan dan pertimbangan.<\/p>\n<p>\u201cHasil kajian dan mesyuarat yang dibuat, Majlis Syura telah mengemukakan pandangannya untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, selepas melalui perbincangan yang panjang, PAS membuat keputusan sebulat suara untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cMaka selepas melalui perbincangan yang panjang, PAS membuat keputusan secara sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan ini bukan bermaksud PAS mengutamakan permusuhan. Hubungan dan ukhuwah antara ahli serta pimpinan kedua-dua parti akan terus terjalin dan dipelihara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Selasa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa berhubung hubungan antara kedua-dua parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan bertujuan memutuskan hubungan antara kedua-dua parti, sebaliknya memberi ruang kepada masing-masing menentukan hala tuju politik tanpa terikat dengan sebarang kerjasama rasmi. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pengalaman dan cabaran yang timbul sepanjang tempoh kerjasama antara kedua-dua parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,4123,4124,126,1740,2661],"authors":[],"class_list":["post-11429","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-henti","tag-kerjasama-politik","tag-pas","tag-putus","tag-tuan-ibrahim-tuan-man"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11429"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11430,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11429\/revisions\/11430"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11429"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}