{"id":11431,"date":"2026-06-10T10:21:12","date_gmt":"2026-06-10T10:21:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11431"},"modified":"2026-06-10T10:21:12","modified_gmt":"2026-06-10T10:21:12","slug":"parti-amanah-sindir-pas-lebih-teruk-daripada-bau-kambing-hanya-fikir-kepentingan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parti-amanah-sindir-pas-lebih-teruk-daripada-bau-kambing-hanya-fikir-kepentingan-diri\/","title":{"rendered":"Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah mendakwa keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya mencerminkan corak hubungan politik parti itu yang didakwa sukar mengekalkan kerjasama jangka panjang dengan rakan sekutunya.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata perpecahan antara PAS dan Bersatu sudah dijangka berlaku kerana sikap PAS yang menurutnya lebih mementingkan kepentingan sendiri berbanding semangat persefahaman dalam sesebuah gabungan politik.<\/p>\n<p>\u201cPerpecahan yang berlaku itu memang sudah dijangka kerana itulah sikap PAS dan tidak boleh berkawan dengan orang. Bila berkawan, tidak ada tolak ansur dan tamak.<\/p>\n<p>\u201cPAS juga akan kenyit mata dengan kawan lain jika melihat pihak tersebut lebih menguntungkan mereka,\u201d katanya dalam satu kenyataan selepas program Program Ramah Mesra MADANI Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama nelayan Perak Zon Utara di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas sama ada keretakan hubungan antara PAS dan Bersatu mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, mana-mana parti politik yang bercadang untuk bekerjasama dengan PAS perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang hendak berkawan dengan PAS perlu berhati-hati. Mereka telah membuktikan cara politik mereka dan setakat yang saya ingat, sudah tujuh kali PAS menjalinkan kerjasama politik dan semuanya tidak kekal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhammad Faiz turut melontarkan sindiran terhadap PAS dengan mengibaratkan parti itu seperti kambing yang mempunyai bau yang sukar diterima.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang kita tidak tahan dengan bau kambing, tetapi PAS ini kambing pun tidak tahan dengan bau dia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, PAS mengumumkan keputusan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas membuat penilaian menyeluruh terhadap kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti tersebut.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah mendakwa keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya mencerminkan corak hubungan politik parti itu yang didakwa sukar mengekalkan kerjasama jangka panjang dengan rakan sekutunya. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata perpecahan antara PAS dan Bersatu sudah dijangka berlaku kerana sikap PAS yang menurutnya lebih mementingkan kepentingan sendiri berbanding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,275,73,278,824,126,541],"authors":[],"class_list":["post-11431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-amanah","tag-bersatu","tag-faiz-fadzil","tag-kerjasama","tag-pas","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11432,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11431\/revisions\/11432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11431"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}