{"id":11454,"date":"2026-06-11T06:45:15","date_gmt":"2026-06-11T06:45:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11454"},"modified":"2026-06-11T06:45:15","modified_gmt":"2026-06-11T06:45:15","slug":"anwar-masih-pilihan-terbaik-jadi-pm-pembangkang-berpecah-teruk-abdullah-sani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-masih-pilihan-terbaik-jadi-pm-pembangkang-berpecah-teruk-abdullah-sani\/","title":{"rendered":"Anwar masih pilihan terbaik jadi PM, pembangkang berpecah teruk: Abdullah Sani"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Biro Pekerja PKR Selangor, Abdullah Sani Abd. Hamid berpandangan Anwar Ibrahim masih merupakan tokoh paling layak untuk terus menerajui negara bagi penggal kedua sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Abdullah Sani berkata, kedudukan Anwar masih relevan dalam landskap politik semasa yang semakin dinamik, khususnya ketika pelbagai spekulasi mengenai penjajaran politik baharu timbul susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.<\/p>\n<p>Menurut Abdullah Sani, Malaysia berdepan pelbagai cabaran besar dari segi pentadbiran, ekonomi dan tadbir urus sebelum Anwar mengambil alih kepimpinan negara pada November 2022.<\/p>\n<p>Katanya, pelaksanaan pelbagai dasar di bawah kerangka Malaysia Madani telah membawa perubahan ketara termasuk dalam usaha membasmi kemiskinan tegar, memperkukuh kebajikan rakyat dan memulihkan keyakinan terhadap sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>\u201cApabila Anwar mengambil alih pentadbiran negara, banyak pembaharuan diperkenalkan. Antara yang sering disebut ialah kejayaan menangani isu kemiskinan tegar dan memperkukuhkan semula keyakinan terhadap sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan satu pencapaian luar biasa yang perlu dinilai secara objektif oleh rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Abdullah Sani yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kuala Langat berkata, pergolakan politik yang melanda beberapa parti ketika ini menyebabkan rakyat mula menilai siapakah pemimpin yang benar-benar mampu memimpin negara sekiranya tiada gabungan memperoleh majoriti besar selepas PRU-16.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat akan membuat penilaian berdasarkan kemampuan seseorang pemimpin membawa manfaat kepada negara dan bukan semata-mata berdasarkan sentimen politik.<\/p>\n<p>\u201cRealitinya, rakyat akan melihat siapa yang mampu membawa manfaat kepada negara. Hari ini kita menyaksikan pelbagai pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia yang dikaitkan dengan kepimpinan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cIa bukan sahaja melibatkan hubungan diplomatik, malah keyakinan pelabur asing dan penghormatan yang diberikan oleh negara-negara besar terhadap Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keupayaan menarik pelaburan asing, memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa serta memastikan kestabilan ekonomi ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi merupakan antara ciri penting yang perlu dimiliki seorang pemimpin negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, setakat ini beliau tidak melihat tokoh lain yang mempunyai pengalaman, jaringan antarabangsa dan kredibiliti setanding Anwar untuk mengemudi negara dalam suasana global yang semakin mencabar.<\/p>\n<p>\u201cKita percaya rakyat cukup matang untuk membuat penilaian. Walau apa juga serangan politik dan fitnah yang dilemparkan, Perdana Menteri tetap meneruskan tugas beliau termasuk memperkukuh hubungan perdagangan serta kerjasama antarabangsa demi kepentingan negara.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya rakyat akan menentukan siapa yang paling layak untuk menerajui Malaysia. Pada pandangan saya, Anwar masih merupakan pilihan paling sesuai untuk meneruskan agenda pembangunan dan kestabilan negara selepas PRU-16,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRU-16 dijangka menjadi medan penting dalam menentukan hala tuju politik negara selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada penghujung 2022 yang menyaksikan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Biro Pekerja PKR Selangor, Abdullah Sani Abd. Hamid berpandangan Anwar Ibrahim masih merupakan tokoh paling layak untuk terus menerajui negara bagi penggal kedua sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Abdullah Sani berkata, kedudukan Anwar masih relevan dalam landskap politik semasa yang semakin dinamik, khususnya ketika pelbagai spekulasi mengenai penjajaran politik baharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11455,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3950,13,136,285,1055,197,1618,9,18,146],"authors":[],"class_list":["post-11454","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdullah-sani-abdul-hamid","tag-anwar","tag-calon","tag-madani","tag-pembangkang","tag-perdana-menteri","tag-perpaduan","tag-pkr","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11454","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11454"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11454\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11456,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11454\/revisions\/11456"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11455"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11454"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11454"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11454"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11454"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}