{"id":11459,"date":"2026-06-11T08:44:30","date_gmt":"2026-06-11T08:44:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11459"},"modified":"2026-06-11T08:44:30","modified_gmt":"2026-06-11T08:44:30","slug":"j-kom-buat-laporan-polis-terhadap-albert-tei-buat-kecoh-di-kementerian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/j-kom-buat-laporan-polis-terhadap-albert-tei-buat-kecoh-di-kementerian\/","title":{"rendered":"J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) pada Khamis membuat laporan polis terhadap pemberi rasuah, Albert Tei, susulan dakwaan tindakannya mengganggu operasi di Kementerian Komunikasi melalui beberapa siri perhimpunan yang diadakan sejak bulan lalu.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata laporan itu dibuat selepas Tei didakwa telah beberapa kali mengadakan perhimpunan di hadapan Menara Komunikasi sehingga menjejaskan kelancaran tugas penjawat awam di kementerian berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, individu terbabit dilaporkan telah berhimpun sebanyak empat kali di lokasi tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap suasana kerja dalam kalangan kakitangan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cLaporan polis itu dibuat memandangkan beliau sudah empat kali berhimpun di depan Menara Komunikasi. Tindakan berhimpun di situ memberi isyarat yang tidak baik, terutamanya mengganggu beribu-ribu penjawat awam yang sedang menjalankan tugas,\u201d katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.<\/p>\n<p>Mohd Hisyamuddin berkata, laporan berkenaan dibuat mengikut beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan berkaitan menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 atas dakwaan menghina penjawat awam.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan J-KOM akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan penyalahgunaan kemudahan komunikasi bagi tujuan gangguan dan provokasi.<\/p>\n<p>Katanya, laporan itu akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan menggunakan rangkaian komunikasi atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cTindakan ini bertujuan membolehkan siasatan dijalankan secara adil oleh pihak berkuasa. Kita minta pihak polis menjalankan siasatan. Jika ada kesalahan, ambil tindakan dan jika sebaliknya, biarlah siasatan menentukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Tei bersama sekumpulan individu mengadakan bantahan duduk di lobi Kementerian Komunikasi bagi membantah tindakan yang didakwa menyekat akaun TikTok miliknya.<\/p>\n<p>Mengulas isu itu, Mohd Hisyamuddin menegaskan setiap platform media sosial mempunyai garis panduan dan prosedur tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pengguna sebelum sesuatu tindakan diambil terhadap akaun mereka.<\/p>\n<p>\u201cKalau di situ dah tak lepas, jangan terus salahkan pihak kementerian atau MCMC. Kena siasat dahulu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) pada Khamis membuat laporan polis terhadap pemberi rasuah, Albert Tei, susulan dakwaan tindakannya mengganggu operasi di Kementerian Komunikasi melalui beberapa siri perhimpunan yang diadakan sejak bulan lalu. Ketua Pengarah J-KOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata laporan itu dibuat selepas Tei didakwa telah beberapa kali mengadakan perhimpunan di hadapan Menara Komunikasi sehingga menjejaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11460,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1802,91,184,561,16,4131,94,4098],"authors":[],"class_list":["post-11459","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-albert-tei","tag-j-kom","tag-komunikasi","tag-laporan","tag-mcmc","tag-mohd-hisyamuddin-ghazali","tag-polis","tag-syam-ghaz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11459","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11459"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11459\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11461,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11459\/revisions\/11461"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11460"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11459"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11459"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11459"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11459"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}