{"id":11462,"date":"2026-06-11T10:26:46","date_gmt":"2026-06-11T10:26:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11462"},"modified":"2026-06-11T10:26:46","modified_gmt":"2026-06-11T10:26:46","slug":"hadi-sahkan-pas-cerai-bersatu-kerana-halang-kumpulan-hamzah-sertai-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-sahkan-pas-cerai-bersatu-kerana-halang-kumpulan-hamzah-sertai-pn\/","title":{"rendered":"Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN"},"content":{"rendered":"<p>PAS mendakwa Bersatu telah mengambil beberapa tindakan yang menjejaskan peranan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk menghalang kemasukan parti dikaitkan dengan bekas pemimpinnya, Hamzah Zainuddin ke dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata hubungan antara PAS dan Bersatu merupakan bentuk kerjasama politik atau ta\u2019awun siyasi yang paling longgar pernah dijalinkan oleh parti itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, sepanjang kerjasama tersebut, PAS berdepan pelbagai masalah yang didakwa berpunca daripada tindakan Bersatu yang lebih mengutamakan penguasaan politik berbanding matlamat asal penyatuan umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cTiba-tiba, Bersatu cuba melemahkan peranan PAS yang meneroka perubahan politik dan membodohkan PAS dengan menghalang penyertaan parti yang lebih banyak, khususnya parti Melayu Islam seperti Berjasa, Pejuang, Iman Dan Putra serta MIC yang merupakan parti bukan Islam yang tidak ekstrem,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Parti yang dinamakan Hadi tersebut mempunyai kaitan dengan Hamzah yang didakwa sedang merancang untuk mengambilalih dan kemudiaan dibawa masuk menyertai PN sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa Bersatu bersikap tamak dalam pembahagian kerusi pilihan raya dengan tidak mengambil kira kekuatan jentera, jumlah ahli dan kelayakan calon yang bertanding.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Marang itu, keadaan tersebut menyebabkan ramai ahli PAS terpaksa bekerja keras membantu calon-calon yang didakwa tidak mempunyai jentera sendiri.<\/p>\n<p>\u201cTernyata apabila turun ke lapangan, mereka tidak kelihatan sehingga menjadikan ahli PAS yang melakukan kerja secara sukarela seperti buruh paksa bagi pihak calon-calon yang tidak ada kelayakan dan tidak ada jenteranya sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abdul Hadi juga mendakwa krisis dalaman Bersatu yang berpunca daripada perebutan kuasa telah memberi kesan negatif kepada PN.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan menggantung dan memecat pemimpin serta ahli parti tanpa proses disiplin yang sewajarnya menyebabkan ramai wakil rakyat meninggalkan parti tersebut.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa jumlah individu yang disingkirkan atau keluar parti itu mencecah hampir dua pertiga daripada kekuatan asal Bersatu, sekali gus menjejaskan imej dan kestabilan PN.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau turut membangkitkan beberapa isu yang menurutnya menunjukkan kegagalan semangat setiakawan dalam gabungan tersebut, termasuk perkembangan politik di Perlis dan Negeri Sembilan yang didakwa menjejaskan perancangan politik PAS.<\/p>\n<p>\u201cHal ini termasuklah langkah yang tidak setia kawan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Perlis sehingga menjatuhkan Menteri Besarnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata PAS mengambil langkah menilai semula beberapa aspek dalam PN termasuk kelemahan yang terdapat dalam perlembagaan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan bahawa PAS sebelum ini telah beberapa kali menegur kepimpinan Bersatu menerusi mesyuarat dan pertemuan tertutup, namun dakwanya tiada tindakan pembetulan yang diambil.<\/p>\n<p>\u201cNamun begitu, tiada tindakan daripada Bersatu yang sibuk dengan masalah dalamannya. Akhirnya, PAS terpaksa menelan pahitnya dalam PRU, PRK dan PRN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah bahawa Majlis Syura Ulama bersama ilmuwan dan pemerhati politik kini ditugaskan menjalankan kajian serta penilaian menyeluruh terhadap kerjasama politik yang dijalinkan, khususnya dari sudut hukum syarak dan maslahat politik.<\/p>\n<p>Kenyataan Abdul Hadi itu hadir ketika hubungan antara PAS dan Bersatu menjadi perhatian susulan beberapa kenyataan terbuka pemimpin kedua-dua parti sejak kebelakangan ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mendakwa Bersatu telah mengambil beberapa tindakan yang menjejaskan peranan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk menghalang kemasukan parti dikaitkan dengan bekas pemimpinnya, Hamzah Zainuddin ke dalam gabungan berkenaan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata hubungan antara PAS dan Bersatu merupakan bentuk kerjasama politik atau ta\u2019awun siyasi yang paling longgar pernah dijalinkan oleh parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11344,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4132,73,588,3623,126,276,541],"authors":[],"class_list":["post-11462","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bercerai","tag-bersatu","tag-hadi","tag-hamzah-zainudin","tag-pas","tag-pecat","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11462","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11462"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11462\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11463,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11462\/revisions\/11463"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11462"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11462"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11462"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11462"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}