{"id":11469,"date":"2026-06-11T18:49:07","date_gmt":"2026-06-11T18:49:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11469"},"modified":"2026-06-11T18:49:11","modified_gmt":"2026-06-11T18:49:11","slug":"perpecahan-pembangkang-kerana-berebut-kuasa-tiada-kaitan-dengan-pmx-kamil-munim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perpecahan-pembangkang-kerana-berebut-kuasa-tiada-kaitan-dengan-pmx-kamil-munim\/","title":{"rendered":"Perpecahan pembangkang kerana berebut kuasa, tiada kaitan dengan PMX: Kamil Munim"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan usaha pihak tertentu yang terus mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan kemelut dalaman pembangkang sebagai tidak berasas dan sekadar cubaan mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang melanda Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Ketuanya, Mohd Kamil Munim berkata pelbagai gerakan politik yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan kerajaan dan mencetuskan ketidakstabilan bukan berpunca daripada Presiden PKR tersebut, sebaliknya didorong oleh pihak yang terlalu ghairah dengan percaturan kuasa.<\/p>\n<p>\u201cOrang lain yang rakus mencatur, bermain politik, mewujudkan ketidakstabilan, tikam-menikam, langkah Dubai, langkah Bangkok dan pelbagai langkah sumbang, akhirnya Anwar juga yang dipersalahkan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau mengulas dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan pergolakan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang, termasuk isu perebutan kerusi dan ketidaksefahaman antara parti dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Menurut Mohd Kamil, kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin pembangkang sendiri menunjukkan krisis yang berlaku berpunca daripada masalah dalaman mereka.<\/p>\n<p>\u201c\u2026.pergolakan dalaman pembangkang yang berpunca daripada isu perebutan kerusi. Jadi kenapa Anwar pula yang perlu dipertanggungjawabkan?<\/p>\n<p>\u201cKrisis pembangkang berpunca daripada kelemahan kepimpinan PN sendiri. Tidak perlu mengaitkan orang lain yang tiada kena mengena,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa kedua-dua gabungan politik pembangkang, iaitu PN dan Muafakat Nasional (MN), gagal menawarkan hala tuju yang meyakinkan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, gabungan tersebut tidak mempunyai pelan ekonomi yang jelas mahupun agenda pembangunan yang kukuh untuk negara.<\/p>\n<p>\u201cPN dan MN ternyata kedua-duanya adalah pakatan politik yang gagal. Tidak ada pelan ekonomi yang jelas dan tidak ada agenda pembangunan yang kukuh. Mereka hanya menunggang isu kaum dan agama dalam skop yang sempit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Kamil berkata, ketika pembangkang terus diselubungi polemik politik, kerajaan pimpinan Anwar memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara dan menarik pelaburan asing.<\/p>\n<p>\u201cAnwar baru pulang dari Tokyo semalam dan sedang sibuk mengurus negara bagi memastikan ekonomi terus kukuh serta berdaya tahan.<\/p>\n<p>\u201cYang lain juga sibuk, tetapi sibuk dengan percaturan politik, tebuk kapal dan tebuk atap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir ketika hubungan antara beberapa parti pembangkang menjadi perhatian susulan pertikaian terbuka berhubung kerjasama politik serta pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan usaha pihak tertentu yang terus mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan kemelut dalaman pembangkang sebagai tidak berasas dan sekadar cubaan mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang melanda Perikatan Nasional (PN). Ketuanya, Mohd Kamil Munim berkata pelbagai gerakan politik yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan kerajaan dan mencetuskan ketidakstabilan bukan berpunca daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,73,4133,1737,126,541,381,9],"authors":[],"class_list":["post-11469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-bersatu","tag-mohd-kamil-munim","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-perpecahan","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11470,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11469\/revisions\/11470"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11469"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}