{"id":11480,"date":"2026-06-12T05:28:48","date_gmt":"2026-06-12T05:28:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11480"},"modified":"2026-06-12T05:28:48","modified_gmt":"2026-06-12T05:28:48","slug":"umno-terima-lebih-21000-ahli-baharu-sejak-februari-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-terima-lebih-21000-ahli-baharu-sejak-februari-asyraf-wajdi\/","title":{"rendered":"UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"<p>UMNO merekodkan kemasukan 21,858 ahli baharu sejak pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa pada Februari lalu, termasuk bekas pemimpin dan ahli yang pernah meninggalkan parti itu sebelum ini.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut turut didorong oleh pembukaan sistem pendaftaran ahli secara dalam talian yang bermula pada 20 April lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, dalam tempoh kurang dua bulan, UMNO berjaya menarik semula penyertaan ramai bekas ahli serta pemimpin parti, termasuk individu yang sebelum ini menyertai Parti Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh tidak sampai dua bulan, pendaftaran ahli baharu dan kemasukan kembali bekas-bekas pimpinan dan ahli-ahli parti UMNO termasuk pimpinan Bersatu seluruh Malaysia berjumlah 21,858 orang.<\/p>\n<p>\u201cMoga Allah berkati dan rahmati Rumah Bangsa ini yang banyak jasanya dalam mencorakkan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang lapan dekad di persada perjuangan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.<\/p>\n<p>Antara tokoh yang kembali menyertai UMNO menerusi inisiatif itu ialah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar, bekas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed serta veteran politik dan bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.<\/p>\n<p>Turut diterima semula ialah Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein yang sebelum ini digantung keahliannya pada 2023.<\/p>\n<p>Inisiatif Rumah Bangsa diperkenalkan oleh UMNO sebagai platform untuk memberi peluang kepada bekas ahli dan pemimpin yang pernah keluar parti, dipecat atau digantung keahlian agar kembali bersama perjuangan parti berkenaan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha UMNO memperkukuhkan semula kedudukannya menjelang landskap politik yang semakin rancak menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO merekodkan kemasukan 21,858 ahli baharu sejak pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa pada Februari lalu, termasuk bekas pemimpin dan ahli yang pernah meninggalkan parti itu sebelum ini. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut turut didorong oleh pembukaan sistem pendaftaran ahli secara dalam talian yang bermula pada 20 April lalu. Menurutnya, dalam tempoh kurang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,634,1395,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-11480","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-asyraf-wajdi","tag-baharu","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11480","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11480"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11480\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11481,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11480\/revisions\/11481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11480"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11480"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11480"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11480"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}