{"id":11485,"date":"2026-06-12T08:30:50","date_gmt":"2026-06-12T08:30:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11485"},"modified":"2026-06-12T08:45:01","modified_gmt":"2026-06-12T08:45:01","slug":"anwar-gesa-semua-parti-patuhi-etika-kempen-prn-johor-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-gesa-semua-parti-patuhi-etika-kempen-prn-johor-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik dan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan supaya mematuhi peraturan dan menghormati etika kempen sepanjang tempoh pilihan raya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu terus melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan profesional bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar serta telus.<\/p>\n<p>\u201cSekarang bila dah mula kempen, saya harap dapat dijaga dan SPR menjalankan tanggungjawab dengan baik serta bebas.<\/p>\n<p>\u201cTadi sempat juga saya berbicara dengan kawan-kawan selepas mesyuarat Jemaah Menteri supaya menjaga peraturan dan menghormati etika kempen,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman SPR mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kedua-dua pilihan raya negeri berkenaan yang dijangka menjadi medan ujian penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).<\/p>\n<p>PRN Johor diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n<p>Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n<p>Sementara itu, DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 4 Jun selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, seperti diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ramlan Harun, mengumumkan hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hari penamaan calon bagi Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai.<\/p>\n<p>SPR turut memaklumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi PRN Johor mengandungi kira-kira 2.73 juta pemilih, termasuk pengundi biasa, anggota tentera serta pasangan, dan anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).<\/p>\n<p>Bagi Negeri Sembilan pula, daftar pemilih yang digunakan adalah daftar terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang dikemas kini setakat 4 Jun lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik dan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan supaya mematuhi peraturan dan menghormati etika kempen sepanjang tempoh pilihan raya. Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu terus melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan profesional bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,630,1154,9,18,103,1394],"authors":[],"class_list":["post-11485","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-johor","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11485","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11485"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11485\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11486,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11485\/revisions\/11486"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11485"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11485"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11485"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11485"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}