{"id":11488,"date":"2026-06-12T08:33:49","date_gmt":"2026-06-12T08:33:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11488"},"modified":"2026-06-12T08:33:49","modified_gmt":"2026-06-12T08:33:49","slug":"dapsy-bidas-umno-johor-dakwa-bersikap-hipokrit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dapsy-bidas-umno-johor-dakwa-bersikap-hipokrit\/","title":{"rendered":"DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membidas UMNO Johor sebagai hipokrit susulan pendirian untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama dengan DAP.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, tindakan UMNO Johor itu bercanggah dengan kedudukan parti berkenaan yang masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Menurutnya, alasan keputusan tersebut hanya melibatkan UMNO Johor dan tidak memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam kerajaan tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>\u201cMungkin UMNO Johor di Planet A dan UMNO Selangor di Planet B dan sebagainya. Peliknya bila ada yang cuba katakan bahawa ini adalah keputusan UMNO negeri sahaja dan tidak menjejaskan hubungan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, adalah hipokrit untuk kekal berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain dengan bergantung kepada DAP, tetapi pada masa yang sama bersikap angkuh dengan mengatakan tidak ingin duduk semeja dengan DAP di Johor. Ini namanya hipokrit pro max,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika perbincangan mengenai kerjasama politik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kembali menjadi perhatian menjelang PRN Johor yang dijangka berlangsung tahun ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Kah Leong menggesa PH mempertahankan identitinya sebagai gabungan reformasi dengan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penyokong PH perlu diberikan pilihan untuk menyokong calon yang benar-benar membawa agenda reformasi dan pembaharuan, bukannya terpaksa mengundi parti lain yang didakwa tidak sehaluan dengan perjuangan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Ketua Pemuda PH, saya sarankan supaya PH bertanding di kesemua kerusi di peringkat Parlimen dan juga semua negeri dalam PRU akan datang lantaran tindakan tikam belakang daripada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO-BN yang merangkumi Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Kabinet.<\/p>\n<p>\u201cPH adalah identiti reformasi dan pembaharuan. Oleh itu, adalah tidak adil untuk pengundi PH terus menyokong calon-calon parti lain yang lebih gemar budaya satu parti dominan atau terpalit dengan kes rasuah dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau turut menegaskan DAPSY tidak pernah menuntut kuota khas untuk calon sayap pemuda bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya menekankan kepentingan memilih calon yang memahami aspirasi generasi muda.<\/p>\n<p>Katanya, umur bukan ukuran utama dalam pemilihan calon, sebaliknya keupayaan mereka menangani isu yang dekat dengan golongan muda seperti peluang pekerjaan, pengangguran dan reformasi pendidikan tinggi.<\/p>\n<p>\u201cLebih baik calon yang dihantar parti adalah berjiwa anak muda dan mempunyai mentaliti untuk menyelesaikan masalah anak muda seperti pekerjaan dan pengangguran ataupun bersemangat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).<\/p>\n<p>\u201cOleh itu umur calon bukannya masalah, isunya adalah mentaliti calon. Saya percaya calon-calon DAP adalah jauh lebih baik daripada parti lain dalam segi ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membidas UMNO Johor sebagai hipokrit susulan pendirian untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama dengan DAP. Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, tindakan UMNO Johor itu bercanggah dengan kedudukan parti berkenaan yang masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6217,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1181,630,103,146,1253],"authors":[],"class_list":["post-11488","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dapsy","tag-johor","tag-prn","tag-umno","tag-woo-kah-leong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11488","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11488"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11488\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11489,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11488\/revisions\/11489"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11488"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11488"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11488"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11488"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}