{"id":11495,"date":"2026-06-12T08:51:18","date_gmt":"2026-06-12T08:51:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11495"},"modified":"2026-06-12T08:51:18","modified_gmt":"2026-06-12T08:51:18","slug":"fahmi-kesal-mp-petaling-jaya-letak-jawatan-mpp-pkr-secara-terburu-buru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-kesal-mp-petaling-jaya-letak-jawatan-mpp-pkr-secara-terburu-buru\/","title":{"rendered":"Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sambil menegaskan platform parti sepatutnya digunakan untuk menyuarakan sebarang pandangan atau perbezaan pendapat.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PKR itu berkata mengenali Chean Chung sejak sekian lama ketika Ahli Parlimen itu berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di Parlimen dan mengikuti rapat perjalanan politiknya sehingga dipilih sebagai anggota MPP bagi penggal 2022 hingga 2025.<\/p>\n<p>Menurutnya, perjuangan dan hala tuju PKR pada hari ini tidak banyak berubah berbanding ketika Chean Chung mula terlibat dalam parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya kenal saudara Lee Chean Chung sejak beliau berkhidmat sebagai pegawai penyelidik lagi. Saya mengikuti perjalanan beliau dalam parti dan sehingga hari ini saya lihat dari segi landasan serta perjuangan parti, tidak ada perubahan yang ketara.<\/p>\n<p>\u201cSaya cuma kesal beliau tidak bersama untuk menyampaikan pandangan atau teguran dalam parti walaupun platform itu sentiasa terbuka,\u201d katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan bukan perkara luar biasa dalam PKR dan boleh dibincangkan menerusi saluran parti.<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh bekas Naib Presiden PKR, Elizabeth Wong, yang menurutnya sering mengemukakan pandangan berbeza dalam mesyuarat MPP tetapi tetap menggunakan platform tersebut untuk mempertahankan prinsip dan memastikan parti berada di landasan yang betul.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya Chean Chung melakukan perkara yang sama. Tetapi beliau sudah lama tidak hadir mesyuarat MPP. Walaupun ada pandangan yang berbeza, ruang untuk menyuarakannya sentiasa ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut berpandangan Chean Chung perlu memberikan penjelasan kepada anggota parti yang memilihnya dalam pemilihan lalu mengenai keputusan melepaskan jawatan tersebut.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan berdepan tekanan daripada parti termasuk sekatan akses sistem MyKhas, Fahmi berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan secara langsung kepadanya walaupun mereka masih berhubung.<\/p>\n<p>\u201cDalam apa juga perkara, boleh datang berbincang. Malah saudara Chean Chung ada berhubung dengan saya sebelum ini tetapi isu berkenaan tidak pernah dibangkitkan.<\/p>\n<p>\u201cSaya boleh tunjukkan mesej WhatsApp beliau kepada saya. Jika mahu berjumpa atau berbincang, tiada masalah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota MPP PKR dengan alasan berdepan kesukaran untuk memainkan peranan secara berkesan dalam struktur kepimpinan parti.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Petaling Jaya itu turut mendakwa wujud beberapa bentuk tekanan dalaman yang menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus kekal sebagai ahli PKR dan meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap keputusan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sambil menegaskan platform parti sepatutnya digunakan untuk menyuarakan sebarang pandangan atau perbezaan pendapat. Ketua Penerangan PKR itu berkata mengenali Chean Chung sejak sekian lama ketika Ahli Parlimen itu berkhidmat sebagai pegawai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[112,2340,114,269,2067,9],"authors":[],"class_list":["post-11495","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi","tag-lee-chean-chung","tag-letak-jawatan","tag-mpp","tag-petaling-jaya","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11495"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11495\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11496,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11495\/revisions\/11496"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11495"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}