{"id":11509,"date":"2026-06-12T18:48:49","date_gmt":"2026-06-12T18:48:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11509"},"modified":"2026-06-12T18:48:49","modified_gmt":"2026-06-12T18:48:49","slug":"tak-dicalonkan-dalam-prn-bukan-alasan-sabotaj-parti-aminuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tak-dicalonkan-dalam-prn-bukan-alasan-sabotaj-parti-aminuddin\/","title":{"rendered":"Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengingatkan semua jentera dan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti sekiranya tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, setiap anggota parti perlu menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan PH, tanpa mengira siapa yang dipilih untuk bertanding.<\/p>\n<p>Menurutnya, perjuangan parti perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi, terutama ketika gabungan itu sedang berdepan cabaran politik di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cIni perjuangan hidup dan mati kita. Jika nama kita tidak dipilih sebagai calon oleh parti, adakah kita akan terus bekerja untuk menang?<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu mendengar ada mana-mana pihak di Dewan Undangan Negeri yang tidak menyokong calon diumumkan oleh pimpinan parti,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan malam tadi.<\/p>\n<p>Hadir sama Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Pengerusi PH Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sementara berkata, sebarang bentuk sabotaj atau pengkhianatan hanya akan merugikan parti dan menjejaskan usaha mempertahankan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Beliau turut mengimbas situasi politik yang berlaku sebelum ini apabila kerajaan negeri yang diterajui PH berdepan tekanan walaupun menurutnya pentadbiran negeri berada dalam keadaan baik serta berjaya memacu pembangunan ekonomi dan sosial.<\/p>\n<p>\u201cKetika kita dalam keadaan baik, memacu ekonomi, pembangunan dan kebaikan sosial untuk rakyat, kita dikhianati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, krisis politik yang sedang melanda Negeri Sembilan juga perlu dilihat sebagai satu ujian yang mampu mengukuhkan lagi kerjasama dalam gabungan PH.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin inilah masanya untuk rakyat memberikan semula sokongan kepada PH supaya kita dapat terus mentadbir Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Aminuddin mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan, iaitu lebih tiga minggu selepas PRN Johor.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berharap tempoh kempen yang lebih panjang dapat membantu meningkatkan kesedaran pengundi dan seterusnya melonjakkan peratusan keluar mengundi.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap peratusan keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 80 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan diadakan susulan krisis politik yang tercetus selepas beberapa wakil rakyat kerajaan mengumumkan menarik sokongan kepada Aminuddin, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan terhadap kedudukan pentadbiran negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengingatkan semua jentera dan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti sekiranya tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan datang. Beliau berkata, setiap anggota parti perlu menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan PH, tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,13,136,1154,727,18,103,3211],"authors":[],"class_list":["post-11509","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-anwar","tag-calon","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-prn","tag-sabotaj"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11509","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11509"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11509\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11511,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11509\/revisions\/11511"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11509"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}