{"id":11516,"date":"2026-06-13T07:19:50","date_gmt":"2026-06-13T07:19:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11516"},"modified":"2026-06-13T07:19:50","modified_gmt":"2026-06-13T07:19:50","slug":"zahid-tegur-pemimpin-dap-jaga-lidah-hormati-rakan-kerjasama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-tegur-pemimpin-dap-jaga-lidah-hormati-rakan-kerjasama\/","title":{"rendered":"Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin DAP supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta sentiasa menghormati rakan kerjasama politik demi memastikan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Menurut beliau, setiap parti yang membentuk gabungan politik perlu memahami prinsip kebersamaan dan menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti.<\/p>\n<p>\u201cMereka harus belajar untuk menghormati kawan-kawan. Jangan keluar perkataan-perkataan secara semberono.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak fikir mereka bersikap begitu dan mereka mesti menghormati prinsip-prinsip perkongsian di dalam politik,\u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ilmuwan Asia Tenggara Ke-4 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, yang mendakwa UMNO bersikap hipokrit dan angkuh susulan pendirian UMNO Johor yang dilaporkan mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tanpa kerjasama dengan DAP.<\/p>\n<p>Kah Leong sebelum ini dilaporkan berkata, hasrat UMNO Johor itu bercanggah dengan realiti politik semasa memandangkan parti berkenaan masih merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan pemimpin parti komponen perlu menunjukkan kematangan dalam menyampaikan pandangan agar tidak menimbulkan salah faham atau perpecahan dalam kalangan rakan gabungan.<\/p>\n<p>\u201cRakan kongsi politik harus jaga hati, yang penting jaga lidah supaya tidak keluar apa yang ada dalam hati.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah yang ada dalam hati itu harimau, yang keluar itu hanya kambing. Itulah yang patut dipelajari oleh mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hubungan antara UMNO dan DAP sering menjadi perhatian sejak kedua-dua parti bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.<\/p>\n<p>Walaupun kerjasama tersebut berjaya membentuk kerajaan yang stabil, perbezaan pandangan dalam beberapa isu politik semasa kadangkala mencetuskan pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin DAP supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta sentiasa menghormati rakan kerjasama politik demi memastikan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan terus terpelihara. Menurut beliau, setiap parti yang membentuk gabungan politik perlu memahami prinsip kebersamaan dan menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan hubungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,630,824,285,1618,103,146,379],"authors":[],"class_list":["post-11516","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-johor","tag-kerjasama","tag-madani","tag-perpaduan","tag-prn","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11516","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11516"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11517,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11516\/revisions\/11517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11516"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}