{"id":11519,"date":"2026-06-13T07:24:59","date_gmt":"2026-06-13T07:24:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11519"},"modified":"2026-06-13T07:24:59","modified_gmt":"2026-06-13T07:24:59","slug":"tei-terima-pelawaan-debat-dengan-bos-j-kom-isu-sekatan-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tei-terima-pelawaan-debat-dengan-bos-j-kom-isu-sekatan-media-sosial\/","title":{"rendered":"Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial"},"content":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam isu sekatan kandungan dan akaun di platform media sosial.<\/p>\n<p>Tei berkata bersetuju menerima pelawaan tersebut dan bersedia untuk hadir pada bila-bila masa, sambil meminta pihak J-KOM menetapkan tarikh, masa, lokasi serta moderator bagi sesi debat berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya menerima cabaran itu. Saya ingin tahu di mana tempatnya, siapa hos, pukul berapa dan tarikhnya. Saya bersedia.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap beliau tidak menarik diri. Beliau Ketua Pengarah J-KOM, jadi jagalah maruah jawatan itu. Saya akan berjumpa beliau minggu depan,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Tei berkata, debat itu perlu diadakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak menjelaskan pendirian masing-masing berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam urusan sekatan kandungan di media sosial yang menjadi perhatian ramai kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas Mohd Hisyamuddin membuat laporan polis terhadap Tei di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Khamis lalu.<\/p>\n<p>Dalam laporan tersebut, Mohd Hisyamuddin mendakwa Tei mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Komunikasi selain mengganggu ketenteraman awam.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.<\/p>\n<p>Mohd Hisyamuddin juga mendakwa tindakan Tei hadir ke premis kerajaan dengan tujuan mencetuskan provokasi, mengganggu urusan rasmi dan menimbulkan keresahan dalam kalangan penjawat awam tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n<p>Ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu, Mohd Hisyamuddin menawarkan pentas debat kepada Tei bagi membincangkan isu berkenaan secara terbuka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, berhubung dakwaan campur tangan kerajaan dalam isu sekatan kandungan dan akaun di platform media sosial. Tei berkata bersetuju menerima pelawaan tersebut dan bersedia untuk hadir pada bila-bila masa, sambil meminta pihak J-KOM menetapkan tarikh, masa, lokasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11460,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,109,91,16,405,4131,452],"authors":[],"class_list":["post-11519","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-debat","tag-j-kom","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-mohd-hisyamuddin-ghazali","tag-sekatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11519","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11519"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11520,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11519\/revisions\/11520"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11460"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11519"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}