{"id":11521,"date":"2026-06-13T07:31:42","date_gmt":"2026-06-13T07:31:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11521"},"modified":"2026-06-13T07:31:42","modified_gmt":"2026-06-13T07:31:42","slug":"62-nadi-negeri-sembilan-tawar-latihan-ai-percuma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/62-nadi-negeri-sembilan-tawar-latihan-ai-percuma\/","title":{"rendered":"62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma"},"content":{"rendered":"<p>Program AI@NADI dilancarkan di Negeri Sembilan hari ini sebagai usaha memperluaskan akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti setempat, sekali gus memperkasakan kemahiran digital rakyat selaras dengan keperluan masa depan.<\/p>\n<p>Program yang dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti itu dilaksanakan serentak di 62 pusat NADI di seluruh negeri.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Fahmi berkata inisiatif berkenaan bertujuan memastikan masyarakat pelbagai lapisan dapat memahami dan memanfaatkan teknologi AI secara berkesan dalam kehidupan harian serta bidang pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini memberi peluang kepada rakyat untuk mempelajari penggunaan AI secara praktikal dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, pekerjaan dan pembangunan komuniti. Pada masa sama, penggunaan teknologi ini perlu dilakukan secara selamat, beretika dan bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Program AI@NADI yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan sebahagian daripada teras Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI.<\/p>\n<p>Ia memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran digital komuniti melalui latihan yang disesuaikan dengan keperluan semasa.<\/p>\n<p>Melalui kelas yang ditawarkan secara percuma, peserta akan dibimbing menggunakan aplikasi AI bagi membantu tugasan harian, meningkatkan produktiviti dan membuka peluang baharu dalam bidang ekonomi digital.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, program itu terbuka kepada semua golongan termasuk pelajar, belia, usahawan dan komuniti setempat, selaras dengan fungsi NADI sebagai platform pembelajaran digital yang inklusif dan mudah diakses.<\/p>\n<p>Pelaksanaan AI@NADI juga menyokong aspirasi Kementerian Komunikasi untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang Prompt Engineer di setiap pusat NADI di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cGolongan ini bukan sahaja menguasai teknologi AI, malah berperanan sebagai pemudah cara dan pakar rujuk kepada komuniti dalam membantu masyarakat meneroka serta memanfaatkan teknologi tersebut dengan lebih produktif,\u201d menurut kenyataan MCMC.<\/p>\n<p>Inisiatif itu dijangka memberi manfaat besar khususnya kepada golongan muda dengan menyediakan kemahiran baharu yang semakin mendapat permintaan dalam pasaran kerja, selain berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana nilai ekonomi di peringkat setempat.<\/p>\n<p>NADI yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti telah melalui transformasi bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan digital kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Selain menawarkan akses internet, pusat itu kini menjadi hab pembangunan kemahiran digital dan pemerkasaan sosioekonomi komuniti.<\/p>\n<p>Dengan pelaksanaan AI@NADI, peranan NADI terus diperkukuh sebagai pusat komuniti digital yang membantu meningkatkan penyertaan rakyat dalam ekonomi digital serta mempercepatkan adaptasi teknologi baharu di peringkat akar umbi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program AI@NADI dilancarkan di Negeri Sembilan hari ini sebagai usaha memperluaskan akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti setempat, sekali gus memperkasakan kemahiran digital rakyat selaras dengan keperluan masa depan. Program yang dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti itu dilaksanakan serentak di 62 pusat NADI di seluruh negeri. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11522,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,49,2594,16,2117,15,1015],"authors":[],"class_list":["post-11521","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-fahmi-fadzil","tag-latihan","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-nadi","tag-pusat-sebaran-maklumat-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11521","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11521"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11521\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11523,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11521\/revisions\/11523"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11522"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11521"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11521"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11521"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11521"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}