{"id":11527,"date":"2026-06-13T07:46:00","date_gmt":"2026-06-13T07:46:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11527"},"modified":"2026-06-13T07:46:06","modified_gmt":"2026-06-13T07:46:06","slug":"prn-berasingan-bukan-faktor-kelebihan-kepada-bn-khaled","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-berasingan-bukan-faktor-kelebihan-kepada-bn-khaled\/","title":{"rendered":"PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) tidak melihat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara berasingan sebagai satu kelebihan kepada gabungan itu berbanding parti-parti lain.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan dalam pilihan raya tidak bergantung kepada sama ada PRN diadakan serentak atau berasingan, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan parti serta keyakinan rakyat terhadap calon dan dasar yang ditawarkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, BN dan parti-parti komponennya sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihan raya tanpa bergantung kepada faktor jadual atau masa pelaksanaan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak bergantung sama ada pilihan raya diadakan bersama atau tidak. Soal mengapa PRN Johor dan Negeri Sembilan diadakan berasingan, itu perlu ditanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).<\/p>\n<p>\u201cKetika Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri dahulu, tidak timbul isu mengadakan pilihan raya serentak dengan Negeri Sembilan kerana ketika itu kita sendiri tidak tahu Negeri Sembilan akan turut membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya,\u201d katanya selepas merasmikan Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan di Sekolah Kebangsaan Johor Kampong, hari ini.<\/p>\n<p>Semalam, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRN Johor akan berlangsung pada 27 Jun, manakala pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.<\/p>\n<p>Bagi PRN Negeri Sembilan pula, penamaan calon dijadualkan pada 18 Julai, pengundian awal pada 28 Julai dan hari mengundi pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>PRN di kedua-dua negeri itu menjadi tumpuan kerana bakal menguji kekuatan gabungan politik utama negara selepas beberapa siri pilihan raya negeri dan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan perubahan landskap politik serta kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menolak dakwaan kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang enggan duduk semeja dengan pemimpin DAP boleh dianggap sebagai bersifat perkauman terhadap masyarakat Cina di negeri itu.<\/p>\n<p>\u201cBeliau tidak mengatakan DAP itu Cina dan Cina itu DAP. Apa yang diperkatakan adalah mengenai DAP sebagai sebuah parti politik. BN sendiri mempunyai parti komponen yang mewakili masyarakat Cina sejak dahulu lagi dan mereka adalah rakan kongsi kita.<\/p>\n<p>\u201cJadi tidak timbul isu beliau bersikap perkauman terhadap komuniti Cina,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik, sama ada parti lama mahupun baharu, dalam PRN Johor yang akan datang.<\/p>\n<p>Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, setiap parti berhak menawarkan diri kepada rakyat dan bertanding secara sihat.<\/p>\n<p>\u201cApa yang penting ialah rakyat membuat pilihan secara rasional dengan memilih parti yang benar-benar mampu mewakili kepentingan mereka serta membawa kehidupan yang lebih baik dan sejahtera,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) tidak melihat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara berasingan sebagai satu kelebihan kepada gabungan itu berbanding parti-parti lain. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan dalam pilihan raya tidak bergantung kepada sama ada PRN diadakan serentak atau berasingan, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan parti serta keyakinan rakyat terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,630,401,1154,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11527","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-johor","tag-khaled-nordin","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11527","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11527"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11527\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11529,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11527\/revisions\/11529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11527"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11527"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11527"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11527"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}