{"id":11545,"date":"2026-06-13T12:40:05","date_gmt":"2026-06-13T12:40:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11545"},"modified":"2026-06-13T12:40:05","modified_gmt":"2026-06-13T12:40:05","slug":"kawal-mulut-timbalan-dan-ketua-pemuda-umno-dulu-dapsy-beritahu-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kawal-mulut-timbalan-dan-ketua-pemuda-umno-dulu-dapsy-beritahu-zahid\/","title":{"rendered":"Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong membidas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, susulan tegurannya terhadap DAP dan mendakwa pemimpin itu tidak mempunyai kedudukan moral untuk bercakap mengenai soal penghormatan terhadap rakan kerjasama politik.<\/p>\n<p>Menurut Kah Leong, beberapa tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO sebelum ini dilihat bercanggah dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>\u201cDAPSY bukan seperti Pemuda MCA atau Pemuda MIC yang hanya mengikut perintah UMNO seperti lembu dicucuk hidung. DAPSY akan terus bersuara secara terbuka demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKami bukan sayap pemuda yang hanya tahu tunduk dan mengangguk kepada segala kehendak parti lain,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap teguran Ahmad Zahid yang mengingatkan pemimpin DAP supaya menghormati rakan kerjasama politik dan tidak mengeluarkan kenyataan secara melulu yang boleh menjejaskan hubungan dalam gabungan kerajaan.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan setiap parti dalam landskap politik semasa perlu menjunjung prinsip kebersamaan serta menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Kah Leong mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin UMNO yang didakwa mengambil pendirian bertentangan dengan semangat kerjasama tersebut.<\/p>\n<p>Beliau merujuk kepada pendirian UMNO Johor yang dilihat mahu bergerak secara bersendirian serta kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang dilaporkan enggan \u201cduduk semeja dengan DAP\u201d.<\/p>\n<p>\u201cJika itu cara UMNO menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan, maka mereka tidak mempunyai kedudukan moral untuk menegur pihak lain mengenai perkara yang sama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan dakwaan cubaan membentuk kerajaan negeri melalui jalan belakang di Negeri Sembilan yang kononnya melibatkan pemimpin kanan UMNO bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendedahan surat yang dikaitkan dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN), namun sehingga kini tiada penjelasan tuntas diberikan oleh kepimpinan UMNO.<\/p>\n<p>\u201cDaripada menegur DAPSY, lebih baik beliau mengawal timbalannya yang didakwa menebuk atap dan Ketua Pemuda UMNO yang terus bertindak seperti samseng politik.<\/p>\n<p>\u201cJangan mengalihkan perhatian daripada isu usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang yang mengkhianati mandat rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kah Leong berkata, jika UMNO benar-benar komited terhadap Kerajaan Perpaduan, komitmen itu perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukan sekadar kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau juga mencabar Ahmad Zahid menjelaskan secara terbuka hala tuju UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya sama ada parti itu akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau kembali menjalin kerjasama dengan PAS dan PN sekiranya gagal memperoleh majoriti.<\/p>\n<p>\u201cAdakah beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Pemuda parti sendiri yang mahukan kerjasama politik dengan PAS?<\/p>\n<p>\u201cRakyat dapat melihat permainan UMNO yang mahu terus menikmati kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, namun pada masa yang sama membuka ruang kerjasama dengan PAS selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cJika benar mahu bersama PAS, nyatakan secara jujur dan jangan mempermainkan kebijaksanaan pengundi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong membidas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, susulan tegurannya terhadap DAP dan mendakwa pemimpin itu tidak mempunyai kedudukan moral untuk bercakap mengenai soal penghormatan terhadap rakan kerjasama politik. Menurut Kah Leong, beberapa tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO sebelum ini dilihat bercanggah dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6217,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1181,4146,727,171,146,1253],"authors":[],"class_list":["post-11545","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-dapsy","tag-hormat","tag-pakatan-harapan","tag-pemuda","tag-umno","tag-woo-kah-leong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11545","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11545"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11545\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11546,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11545\/revisions\/11546"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11545"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11545"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11545"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11545"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}