{"id":11547,"date":"2026-06-14T05:29:00","date_gmt":"2026-06-14T05:29:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11547"},"modified":"2026-06-14T05:29:00","modified_gmt":"2026-06-14T05:29:00","slug":"negeri-sembilan-stabil-tapi-ada-yang-cuba-jatuhkan-kerajaan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/negeri-sembilan-stabil-tapi-ada-yang-cuba-jatuhkan-kerajaan-pmx\/","title":{"rendered":"Negeri Sembilan stabil, tapi ada yang cuba jatuhkan kerajaan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berlaku dalam suasana politik yang sepenuhnya tenang apabila terdapat usaha untuk menggugat pentadbiran negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, walaupun Negeri Sembilan berada dalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonomi, terdapat pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerajaan negeri sebelum tamat penggal pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak khianat, baguslah. Tetapi kalau kita tengok pengalaman kita di Negeri Sembilan, dalam keadaan politik dan ekonomi yang stabil, masih ada usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Jadi bagi saya, ada sedikit pengkhianatan di Negeri Sembilan,\u201d katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) hari ini.<\/p>\n<p>Anwar mengulas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini menegaskan tidak timbul isu pengkhianatan apabila sesuatu penggal pentadbiran sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan berakhir mengikut tempoh yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan beberapa pemimpin PH yang dikatakan melabel UMNO sebagai \u201cpengkhianat\u201d selepas pengumuman tarikh PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata kejayaan sesebuah kerjasama politik bergantung kepada kesediaan semua pihak menghormati persefahaman dan muafakat yang telah dipersetujui bersama.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan yang bercanggah dengan semangat kerjasama hanya akan menjejaskan kestabilan pentadbiran serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata keputusan untuk mengadakan PRN Johor lebih awal adalah hak kerajaan negeri dan terpulang kepada kepimpinan negeri berkenaan untuk menentukan masa yang sesuai bagi membubarkan DUN.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berpandangan fokus utama kerajaan ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha memperkukuh ekonomi negara dan menyelesaikan pelbagai isu yang membebankan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDalam soal Johor ini, itu terserah kepada kerajaan negeri. Tetapi tumpuan kita sekarang ialah menjana pertumbuhan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKalau dalam tempoh tiga atau empat bulan kita terlalu sibuk dengan pilihan raya, sedangkan negara berdepan cabaran ekonomi, lebih baik masa itu digunakan untuk memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 11 Julai depan sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala PRN Negeri Sembilan dijadual berlangsung pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menjadi antara tumpuan utama politik negara berikutan negeri itu sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat PH yang berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran sejak beberapa penggal lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berlaku dalam suasana politik yang sepenuhnya tenang apabila terdapat usaha untuk menggugat pentadbiran negeri berkenaan. Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, walaupun Negeri Sembilan berada dalam keadaan stabil dari segi politik dan ekonomi, terdapat pihak tertentu yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,13,1154,9,18,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11547","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-anwar","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11547","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11547"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11548,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11547\/revisions\/11548"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11547"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}