{"id":11552,"date":"2026-06-14T05:44:20","date_gmt":"2026-06-14T05:44:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11552"},"modified":"2026-06-14T05:44:20","modified_gmt":"2026-06-14T05:44:20","slug":"wong-chen-belum-buat-keputusan-tinggalkan-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wong-chen-belum-buat-keputusan-tinggalkan-pkr\/","title":{"rendered":"Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi bayangan mungkin meninggalkan PKR, namun menegaskan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas mendapatkan pandangan penduduk di kawasannya serta restu daripada keluarga.<\/p>\n<p>Menurut Chen, keputusan mengenai masa depan politiknya itu memerlukan pertimbangan yang teliti memandangkan ia melibatkan langkah besar dalam kerjayanya sebagai wakil rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya tahu ramai yang mahu saya buat keputusan dengan segera. Tetapi saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan pada masa sama perlu membuat keputusan yang besar.<\/p>\n<p>\u201cSaya sekarang sedang berjumpa dengan penduduk melalui sesi teh tarik. Saya mahu mendengar sendiri pandangan mereka sebelum membuat keputusan,\u201d katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil Parti Bersama Malaysia (Bersama) di Negeri Sembilan pada malam Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Kelantan pada masa terdekat untuk bertemu ibu bapanya bagi mendapatkan pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju politiknya.<\/p>\n<p>\u201cYang penting saya kena bincang dengan keluarga saya, hendak minta izin ibu dan ayah. Ahad minggu hadapan, saya akan balik Kelantan sekejap jumpa ibu ayah tentang keputusan untuk buat apa selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Chen turut menyentuh kedudukannya dalam PKR dan secara berseloroh berkata adalah lebih mudah sekiranya parti itu mengambil tindakan terhadapnya.<\/p>\n<p>\u201cSebaiknya dia (PKR) pecat saya, senang. Kalau dia tak berani hendak pecat, saya yang kena buat keputusan. Saya cuma minta semua bersabar sedikit lagi, keputusan itu akan saya umumkan tidak lama lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menegaskan sebarang perselisihan yang berlaku antara dirinya dan PKR tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat, khususnya penduduk di kawasan Parlimen Subang yang diwakilinya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, jika terdapat sebarang masalah atau perbezaan pendapat dengan parti, perkara itu perlu diselesaikan menerusi saluran dalaman parti tanpa melibatkan jentera kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau PKR dengan saya sudah tak ngam, ini merupakan hal dalaman PKR. Jadi kalau gaduh, selesaikan gaduh melalui proses parti. Kalau saya salah, parti boleh tunjuk mana kesalahan saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan parti politik dan kerajaan merupakan dua entiti yang berbeza serta tidak boleh dicampur adukkan dalam menyelesaikan pertikaian politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya hendak ingatkan PKR dan PMX, parti PKR dan kerajaan bukan entiti yang sama. Parti bukan kerajaan, kerajaan bukan parti.<\/p>\n<p>\u201cKalau gaduh isu parti, kena selesai melalui parti. Kalau pakai kerajaan untuk hukum saya dan penduduk Subang tanpa sebab dan alasan, itu namanya salah guna kuasa. Adakah ini cara kerajaan Madani?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Chen merupakan antara pemimpin PKR yang lantang menyuarakan pandangan mengenai pelbagai isu dasar kerajaan sejak kebelakangan ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi bayangan mungkin meninggalkan PKR, namun menegaskan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas mendapatkan pandangan penduduk di kawasannya serta restu daripada keluarga. Menurut Chen, keputusan mengenai masa depan politiknya itu memerlukan pertimbangan yang teliti memandangkan ia melibatkan langkah besar dalam kerjayanya sebagai wakil rakyat. \u201cSaya tahu ramai yang mahu saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,1139,267,9,8,1128],"authors":[],"class_list":["post-11552","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-keluar","tag-parti","tag-pkr","tag-rafizi","tag-wong-chen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11552","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11552"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11552\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11553,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11552\/revisions\/11553"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11552"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11552"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11552"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11552"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}