{"id":11554,"date":"2026-06-14T05:51:29","date_gmt":"2026-06-14T05:51:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11554"},"modified":"2026-06-14T05:51:29","modified_gmt":"2026-06-14T05:51:29","slug":"pn-diresapi-sistem-mullah-pas-buat-keputusan-bersendirian-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pn-diresapi-sistem-mullah-pas-buat-keputusan-bersendirian-tun-faisal\/","title":{"rendered":"PN diresapi \u2018sistem Mullah\u2019, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan PAS mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang walaupun sebelum ini Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai penggantinya terus mencetuskan polemik dalam gabungan itu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa perkembangan terbaharu itu menunjukkan PN kini seolah-olah diresapi \u201csistem Mullah\u201d apabila keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN boleh diubah melalui campur tangan kepimpinan PAS.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan Hamzah kekal memegang jawatan tersebut merupakan satu pusingan U yang telah dijangka lebih awal.<\/p>\n<p>\u201cPada 7 Mei 2022, Presiden UMNO pernah mengingatkan mengenai PAS dengan mengatakan, \u2018PAS talam dua muka, siang cakap lain, malam berubah cakap lain\u2019.<\/p>\n<p>\u201cJadi memang telah dijangka Presiden PAS akan buat U-turn dan akan veto keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Tun Faisal berkata, keputusan berkaitan jawatan Ketua Pembangkang sebelum ini telah diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dianggotai pimpinan tertinggi PAS dan Bersatu.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan bagaimana keputusan tersebut boleh berubah walaupun struktur utama dalam PN ketika ini banyak dikuasai oleh pemimpin PAS.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun telah diputuskan dalam Mesyuarat MT PN, yang pengerusinya dari PAS, begitu juga timbalan pengerusi, setiausaha agung, bendahari dan ketua pemuda, tetapi Presiden PAS yang bukan anggota MT PN boleh memveto keputusan itu seolah-olah PN sekarang sedang menggunakan sistem Mullah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Tun Faisal dibuat susulan pengumuman Abdul Hadi pada Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.<\/p>\n<p>Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Ahli Parlimen PAS dan juga wakil rakyat lain dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cAhli Parlimen PAS dan PN&#8230; kita tak ambil pandangan PAS sahaja tetapi Ahli Parlimen PN, maka PAS membuat keputusan Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pengumuman tersebut mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini PN telah memaklumkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, bakal mengambil alih jawatan itu susulan peletakan jawatan Hamzah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan PAS mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang walaupun sebelum ini Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai penggantinya terus mencetuskan polemik dalam gabungan itu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa perkembangan terbaharu itu menunjukkan PN kini seolah-olah diresapi \u201csistem Mullah\u201d apabila keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,4148,126,541,2999],"authors":[],"class_list":["post-11554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-mullah","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11555,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11554\/revisions\/11555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11554"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}