{"id":11557,"date":"2026-06-14T05:58:42","date_gmt":"2026-06-14T05:58:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11557"},"modified":"2026-06-14T05:58:42","modified_gmt":"2026-06-14T05:58:42","slug":"rosmah-nafi-dakwaan-miliki-rumah-agam-rm55-juta-di-amerika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rosmah-nafi-dakwaan-miliki-rumah-agam-rm55-juta-di-amerika\/","title":{"rendered":"Rosmah nafi dakwaan miliki rumah agam RM55 Juta di Amerika"},"content":{"rendered":"<p>Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pembelian atau pemilikan sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta (kira-kira RM55 juta) di New Jersey, Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Menurut isteri Najib Razak itu, tuduhan yang disebarkan menerusi beberapa video di platform X dan Facebook itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bertujuan mencemarkan nama baik beliau dan ahli keluarganya.<\/p>\n<p>\u201cSaya menafikan semua dakwaan tersebut. Saya tidak pernah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan atau pemilikan mana-mana hartanah mewah termasuk hartanah yang didakwa bernilai AS$13 juta itu,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan tidak pernah membiayai, membantu atau mengatur sebarang urusan pembelian hartanah bagi pihak menantunya atau mana-mana individu serta syarikat lain seperti yang didakwa.<\/p>\n<p>Rosmah berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan syarikat luar pesisir, syarikat proksi serta urusan kewangan luar negara juga adalah rekaan semata-mata dan tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan ini adalah fitnah yang sengaja direka untuk memburukkan nama saya dan keluarga. Ia tidak disokong oleh sebarang bukti yang boleh dipercayai dan jelas merupakan satu usaha terancang untuk menjatuhkan reputasi kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penyebaran video berkenaan bukan sahaja mengelirukan orang ramai malah berpotensi menjejaskan keyakinan terhadap proses undang-undang yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Rosmah memaklumkan telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat individu, pihak berkaitan serta akaun media sosial yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan kandungan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Rosmah menggesa pengendali platform media sosial mengambil tindakan segera untuk memadam serta menghalang penyebaran kandungan yang didakwanya berunsur fitnah dan mengandungi maklumat palsu.<\/p>\n<p>Beliau juga tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan, berkongsi atau terus menyebarkan dakwaan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya berhak mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman sivil dan membuat laporan bagi membolehkan tindakan jenayah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas tular satu video di media sosial yang mendakwa Rosmah mengarahkan serta membiayai pembelian sebuah rumah agam bernilai AS$13 juta di kawasan eksklusif dikenali sebagai \u201cBillionaire\u2019s Row\u201d di New Jersey pada Julai 2025.<\/p>\n<p>Dakwaan tersebut turut menyebut bahawa pembeli berdaftar hartanah itu ialah menantu kepada Rosmah dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, iaitu Daniyar Kessikbayev.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rosmah Mansor menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pembelian atau pemilikan sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta (kira-kira RM55 juta) di New Jersey, Amerika Syarikat. Menurut isteri Najib Razak itu, tuduhan yang disebarkan menerusi beberapa video di platform X dan Facebook itu adalah tidak benar, tidak berasas serta bertujuan mencemarkan nama baik beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1292,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,605,1825,811,4149,2675,1115],"authors":[],"class_list":["post-11557","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-amerika","tag-mewah","tag-najib-razak","tag-new-jersey","tag-rosmah-mansor","tag-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11558,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11557\/revisions\/11558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11557"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}