{"id":11565,"date":"2026-06-14T10:36:58","date_gmt":"2026-06-14T10:36:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11565"},"modified":"2026-06-14T10:36:58","modified_gmt":"2026-06-14T10:36:58","slug":"umno-nafi-dakwaan-jadi-punca-kerajaan-negeri-sembilan-tidak-stabil-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-nafi-dakwaan-jadi-punca-kerajaan-negeri-sembilan-tidak-stabil-asyraf-wajdi\/","title":{"rendered":"UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan tidak pernah mengkhianati sebarang komitmen politik yang dipersetujui, termasuk dalam kerjasama bersama kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan usaha menjatuhkan kerajaan negeri perlu disokong dengan bukti dan fakta yang jelas, bukannya sekadar dakwaan umum yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap parti tersebut.<\/p>\n<p>\u201cJangan membuat tuduhan umum yang mewujudkan persepsi bahawa UMNO telah bertindak tidak setia. UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sehingga tamat mandatnya dan kekal komited memastikan kestabilan pentadbiran sepanjang tempoh itu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO tidak pernah mengkhianati komitmen yang telah dipersetujui,\u201d katanya dipetikn laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, apabila mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir dan pilihan raya diadakan, setiap parti politik mempunyai hak demokratik untuk menentukan hala tuju, strategi serta menawarkan mandat baharu kepada rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, persaingan dalam pilihan raya tidak seharusnya dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan atau cubaan menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah.<\/p>\n<p>\u201cPersaingan dalam pilihan raya tidak boleh disamakan dengan pengkhianatan atau usaha menjatuhkan kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan UMNO terus menghormati semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun kerjasama politik yang terjalin tidak bermakna mana-mana parti perlu mengetepikan identiti, prinsip serta hak untuk mendapatkan mandat rakyat menerusi proses pilihan raya.<\/p>\n<p>Isu berkenaan timbul susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim yang menyifatkan sebarang usaha untuk menggugat kerajaan Negeri Sembilan sebagai satu bentuk pengkhianatan.<\/p>\n<p>Anwar dilaporkan berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan apa yang dilihatnya sebagai percubaan sengaja untuk melemahkan sebuah kerajaan negeri yang berfungsi dalam keadaan politik dan ekonomi yang stabil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan tidak pernah mengkhianati sebarang komitmen politik yang dipersetujui, termasuk dalam kerjasama bersama kerajaan Negeri Sembilan. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan usaha menjatuhkan kerajaan negeri perlu disokong dengan bukti dan fakta yang jelas, bukannya sekadar dakwaan umum yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap parti tersebut. \u201cJangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,4154,1154,9,18,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11565","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11566,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11565\/revisions\/11566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11565"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}