{"id":11570,"date":"2026-06-14T13:49:32","date_gmt":"2026-06-14T13:49:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11570"},"modified":"2026-06-14T13:49:32","modified_gmt":"2026-06-14T13:49:32","slug":"syam-ghaz-akan-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-lim-sian-see","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syam-ghaz-akan-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-lim-sian-see\/","title":{"rendered":"Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See"},"content":{"rendered":"<p>Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Syam Ghaz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.<\/p>\n<p>Syam, atau nama penuhnya Mohd Syam Ghazali, berkata dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu fitnah terhadap hantaran asal yang dibuatnya di Facebook.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan secara khusus kepada Sian See dan seorang lagi individu dikenali sebagai Albert Tei, bukannya kepada mana-mana kaum atau komuniti.<\/p>\n<p>\u201cHantaran asal saya dibuat sebagai respon balas kepada Lim Sian See dan Albert Tei semata-mata. Nama kedua-dua individu itu disebut secara jelas dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tuduhan atau fitnah yang boleh menjejaskan reputasinya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>Menurut Syam, pasukan peguamnya kini sedang meneliti pelbagai kenyataan, tulisan dan hantaran yang berkaitan untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cSatu laporan polis telah dibuat dan Surat Tuntutan (LOD) kepada Lim Sian See serta individu lain yang terlibat akan diserahkan dalam masa terdekat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan rakan-rakan media sosial dan pencipta kandungan di seluruh negara telah diminta membantu mengumpul bukti termasuk tangkapan skrin serta pautan hantaran yang berkaitan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Syam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang didakwa sengaja memutar belit kenyataannya sehingga menimbulkan persepsi kononnya menyerang seluruh masyarakat Cina.<\/p>\n<p>\u201cSaya menegaskan bahawa tiada sebarang niat untuk mengguris hati atau menyinggung perasaan mana-mana kaum di Malaysia. Keharmonian masyarakat majmuk sentiasa menjadi keutamaan saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun mengakui terdapat kekhilafan dan salah faham yang mungkin timbul daripada hantaran tersebut serta memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa tersinggung walaupun tidak terlibat secara langsung.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengambil tanggungjawab penuh dan akan lebih berhati-hati dalam setiap pengurusan hantaran media sosial pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas beberapa hantaran di media sosial mengaitkan Syam dengan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Syam Ghaz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina. Syam, atau nama penuhnya Mohd Syam Ghazali, berkata dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu fitnah terhadap hantaran asal yang dibuatnya di Facebook. Menurut beliau, kenyataan tersebut sebenarnya ditujukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11301,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[857,91,4155,4156,1410,290,4098],"authors":[],"class_list":["post-11570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cina","tag-j-kom","tag-jabatan-komunikasi-komuniti","tag-lim-sian-see","tag-perkauman","tag-saman","tag-syam-ghaz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11571,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11570\/revisions\/11571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11301"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11570"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}