{"id":11578,"date":"2026-06-15T03:22:00","date_gmt":"2026-06-15T03:22:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11578"},"modified":"2026-06-15T03:22:00","modified_gmt":"2026-06-15T03:22:00","slug":"zaid-dahulu-pernah-cabar-hukum-hudud-amanah-persoal-pendirian-selepas-masuk-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zaid-dahulu-pernah-cabar-hukum-hudud-amanah-persoal-pendirian-selepas-masuk-pas\/","title":{"rendered":"Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah mencabar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, supaya menjelaskan pendiriannya mengenai pelaksanaan hudud selepas menyertai PAS baru-baru ini.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil berkata Zaid perlu menyatakan secara terbuka sama ada beliau masih berpegang kepada pendirian terdahulu yang pernah mencabar undang-undang hudud Kelantan di mahkamah atau kini menyokong perjuangan PAS.<\/p>\n<p>Menurut Faiz, Zaid pernah memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu berhubung pelaksanaan undang-undang hudud atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cBeranikah Zaid Ibrahim memohon maaf kepada PAS kerana pernah mencabar undang-undang hudud Kelantan sekiranya beliau ikhlas mahu bersama PAS?<\/p>\n<p>\u201cKes ini pernah dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana didakwa tidak berperlembagaan. Adakah sekarang Zaid telah berubah pendirian?\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.<\/p>\n<p>Faiz turut mengingatkan PAS sebelum ini pernah mengkritik Perlembagaan Persekutuan dengan mendakwa ia tidak bersifat Islamik kerana diwarisi daripada penjajah.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau mencabar Zaid untuk memilih antara mempertahankan Perlembagaan Persekutuan atau menyokong pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.<\/p>\n<p>\u201cSaya cabar Zaid untuk memilih antara Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hudud,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 2002, Zaid yang ketika itu merupakan peguam dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa kedua-dua kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah serta memohon pengisytiharan bahawa enakmen hudud yang diluluskan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.<\/p>\n<p>Beliau sekali lagi memohon kebenaran mahkamah pada 2003 untuk mencabar Enakmen Kesalahan Jenayah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 sebelum menarik balik tindakan tersebut.<\/p>\n<p>Dalam satu wawancara pada 2014, Zaid memaklumkan diminta menarik balik saman berkenaan, namun tidak mendedahkan pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan sama, Faiz turut mempersoalkan sama ada penyertaan Zaid ke dalam PAS bertujuan membawa parti itu ke arah yang lebih liberal.<\/p>\n<p>\u201cAdakah usaha Zaid dalam PAS sekarang lebih kepada meliberalkan PAS? Adakah PAS bersedia untuk menarik balik perjuangan hudud sekiranya PAS berjaya diliberalkan?\u201d katanya.<\/p>\n<p>PAS pada Sabtu lalu mengumumkan penyertaan Zaid dalam satu majlis di Seremban yang turut menyaksikan beberapa tokoh lain menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah mencabar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, supaya menjelaskan pendiriannya mengenai pelaksanaan hudud selepas menyertai PAS baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil berkata Zaid perlu menyatakan secara terbuka sama ada beliau masih berpegang kepada pendirian terdahulu yang pernah mencabar undang-undang hudud Kelantan di mahkamah atau kini menyokong perjuangan PAS. Menurut Faiz, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11579,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[278,4074,4160,925,4159,126,4153],"authors":[],"class_list":["post-11578","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-faiz-fadzil","tag-hudud","tag-hukum","tag-kelantan","tag-liberal","tag-pas","tag-zaid-ibrahim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11578"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11578\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11580,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11578\/revisions\/11580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11579"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11578"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}