{"id":11588,"date":"2026-06-15T03:39:32","date_gmt":"2026-06-15T03:39:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11588"},"modified":"2026-06-15T03:39:33","modified_gmt":"2026-06-15T03:39:33","slug":"inflasi-dijangka-kekal-terkawal-tahun-ini-akmal-nasrullah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/inflasi-dijangka-kekal-terkawal-tahun-ini-akmal-nasrullah\/","title":{"rendered":"Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini: Akmal Nasrullah"},"content":{"rendered":"<p>Kadar inflasi negara dijangka kekal terkawal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus sepanjang tahun ini meskipun ekonomi global terus berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan kos yang semakin mencabar.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kadar inflasi Malaysia pada April lalu berada pada paras 1.9 peratus, jauh lebih rendah berbanding unjuran inflasi global sekitar 4.3 peratus.<\/p>\n<p>\u201cKomitmen kita adalah untuk mengekalkan inflasi pada paras yang boleh kita hadapi walaupun tekanan yang berlaku berpunca daripada faktor global seperti bekalan minyak dan peningkatan kos input.<\/p>\n<p>\u201cUnjuran kita bagi tahun ini adalah inflasi berada dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus supaya pergerakannya tidak memberi kesan renjatan kepada keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pelbagai langkah intervensi bagi mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat dan sektor perniagaan, termasuk menerusi penyaluran subsidi bahan api secara bersasar serta kawalan kos logistik melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).<\/p>\n<p>Selain itu, kemudahan pembiayaan tambahan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Bank Negara Malaysia turut disediakan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana mengekalkan operasi mereka dalam suasana ekonomi yang mencabar.<\/p>\n<p>\u201cSemua intervensi ini dilakukan untuk memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan dan pada masa sama mengelakkan kenaikan kos daripada merebak secara meluas kepada pengguna,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui tekanan inflasi boleh meningkat sekiranya ketidaktentuan geopolitik global berlarutan dan menjejaskan rantaian bekalan serta harga komoditi dunia.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya ketidaktentuan global berlarutan, tekanan terhadap inflasi akan menjadi lebih kuat dan sebab itu kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa serta mengambil langkah mitigasi yang bersesuaian,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Malaysia sebelum ini mencatatkan antara kadar inflasi terendah di rantau Asia Tenggara hasil pelaksanaan pelbagai dasar kawalan harga dan subsidi bersasar.<\/p>\n<p>Kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi domestik bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global terhadap rakyat dan perniagaan tempatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadar inflasi negara dijangka kekal terkawal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus sepanjang tahun ini meskipun ekonomi global terus berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan kos yang semakin mencabar. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8281,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,68,674,582,74,583,4162],"authors":[],"class_list":["post-11588","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-ekonomi","tag-inflasi","tag-iran","tag-minyak","tag-perang","tag-selat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11588"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11588\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11589,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11588\/revisions\/11589"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8281"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11588"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}