{"id":11591,"date":"2026-06-15T03:44:29","date_gmt":"2026-06-15T03:44:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11591"},"modified":"2026-06-15T03:44:29","modified_gmt":"2026-06-15T03:44:29","slug":"perjanjian-damai-as-iran-belum-mampu-pulihkan-pasaran-serta-merta-akmal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perjanjian-damai-as-iran-belum-mampu-pulihkan-pasaran-serta-merta-akmal\/","title":{"rendered":"Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal"},"content":{"rendered":"<p>Perjanjian damai yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka memberi kelegaan kepada ekonomi global, namun kesan positifnya terhadap ekonomi negara dan bekalan minyak dunia memerlukan masa sebelum dapat dirasai sepenuhnya.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata kerajaan menyambut baik sebarang usaha ke arah perdamaian kerana konflik geopolitik yang berlarutan memberi impak besar kepada pasaran tenaga serta rantaian bekalan antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut beliau, walaupun perkembangan itu dilihat sebagai petanda positif, negara tidak boleh terlalu cepat berasa selesa kerana keadaan global masih terdedah kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan.<\/p>\n<p>\u201cSudah pasti krisis geopolitik yang berlaku di peringkat global memberi kesan yang ketara kepada negara, khususnya dalam soal bekalan minyak. Kita sememangnya menantikan perkembangan yang boleh membuka ruang kepada perjanjian damai, namun ia tidak membolehkan kita kembali kepada keadaan selesa kerana keadaan masih boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar jangka,\u201d katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi hari ini.<\/p>\n<p>Akmal berkata, pemulihan perdagangan antarabangsa tidak akan berlaku serta-merta kerana laluan strategik di Selat Hormuz yang terjejas akibat konflik perlu kembali beroperasi secara normal, selain kerja-kerja membaik pulih infrastruktur yang rosak sepanjang peperangan.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan itu juga memerlukan masa untuk dipulihkan sepenuhnya sebelum kesan positifnya dapat dirasai oleh ekonomi global,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa bagi menilai kesan konflik tersebut terhadap ekonomi negara dan pasaran tenaga dunia.<\/p>\n<p>Menurutnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diteruskan sehingga terdapat gambaran yang lebih jelas mengenai penyelesaian krisis berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKita akan mengekalkan komitmen untuk terus melihat peranan yang boleh diambil termasuk melalui mesyuarat MTEN yang akan diteruskan sehinggalah keadaan itu benar-benar memberi gambaran yang lebih jelas dalam soal tamatnya krisis ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Konflik antara AS dan Iran yang tercetus lebih tiga bulan lalu telah menjejaskan kestabilan Asia Barat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak global memandangkan Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perjanjian damai yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka memberi kelegaan kepada ekonomi global, namun kesan positifnya terhadap ekonomi negara dan bekalan minyak dunia memerlukan masa sebelum dapat dirasai sepenuhnya. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata kerajaan menyambut baik sebarang usaha ke arah perdamaian kerana konflik geopolitik yang berlarutan memberi impak besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[110,530,1313,68,582,74,2200,3476],"authors":[],"class_list":["post-11591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah","tag-as","tag-damai","tag-ekonomi","tag-iran","tag-minyak","tag-perjanjian","tag-selat-hormuz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11592,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11591\/revisions\/11592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11591"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}