{"id":11595,"date":"2026-06-15T10:18:24","date_gmt":"2026-06-15T10:18:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11595"},"modified":"2026-06-15T10:18:24","modified_gmt":"2026-06-15T10:18:24","slug":"kerajaan-tanggung-kos-pos-ubat-80000-pesakit-mulai-julai-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tanggung-kos-pos-ubat-80000-pesakit-mulai-julai-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kira-kira 80,000 pesakit sebulan yang menerima bekalan ubat menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) bakal menikmati penghantaran percuma apabila kerajaan mengambil alih sepenuhnya kos perkhidmatan itu mulai Julai ini.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata inisiatif hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM5.69 juta setahun yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan MCMC.<\/p>\n<p>Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan mengurangkan beban pesakit yang sebelum ini perlu menanggung sendiri kos penghantaran ubat ke rumah mereka.<\/p>\n<p>\u201cKita harap menjelang bulan Julai ini ia dapat dilaksanakan di setiap negeri. Jadi kos penghantaran tidak perlu lagi ditanggung oleh mana-mana pihak, terutama para pesakit sendiri. Ia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,\u201d katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKM dan MCMC bagi pelaksanaan inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan, pemilihan pesakit yang layak menerima manfaat tersebut akan ditentukan sepenuhnya oleh KKM menerusi program UMP, manakala perkhidmatan penghantaran akan dikendalikan oleh Pos Malaysia sebagai pemegang lesen di bawah MCMC.<\/p>\n<p>Program Ubat Melalui Pos diperkenalkan bagi memudahkan pesakit yang memerlukan bekalan ubat secara berkala tanpa perlu hadir ke hospital atau klinik untuk mengambil preskripsi mereka.<\/p>\n<p>Inisiatif itu turut membantu mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan menjimatkan masa pesakit, khususnya warga emas serta mereka yang tinggal jauh dari pusat rawatan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata pelaksanaan PERSADA dijangka menjadi pemangkin utama kepada usaha pendigitalan sistem kesihatan negara dengan nilai keseluruhan projek dianggarkan mencecah RM650 juta.<\/p>\n<p>Menurutnya, program tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan fasa pertama melibatkan kos sekitar RM74 juta, manakala dana pelaksanaannya akan diuruskan oleh MCMC melalui Universal Services Provision Fund (USP).<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperkasakan sebagai pusat saringan awal kesihatan dan telekesihatan, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada kemudahan kesihatan.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan itu sudah mula dilaksanakan sejak 2023 dan akan diperluaskan bagi membolehkan penduduk menjalani pemeriksaan asas seperti ujian gula dalam darah dan tekanan darah tanpa perlu melakukan perjalanan jauh ke hospital atau klinik.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, pusat NADI di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah kini digunakan untuk menyokong perkhidmatan telekesihatan dengan menghubungkan penduduk kepada doktor dan pakar dari lokasi lain.<\/p>\n<p>\u201cKalau capaian internet di klinik kesihatan sukar, kita terus gunakan NADI sebagai pengkalan untuk saringan dan telekesihatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) juga mula dimanfaatkan di beberapa pusat NADI bagi membantu penilaian asas kesihatan, termasuk melalui pemeriksaan retina.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kira-kira 80,000 pesakit sebulan yang menerima bekalan ubat menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) bakal menikmati penghantaran percuma apabila kerajaan mengambil alih sepenuhnya kos perkhidmatan itu mulai Julai ini. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata inisiatif hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM5.69 juta setahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7979,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1014,990,184,16,2015,4164,4165],"authors":[],"class_list":["post-11595","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kementerian-kesihatan","tag-kkm","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-pos","tag-ubat-melalui-pos","tag-ump"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11595","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11595"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11595\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11596,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11595\/revisions\/11596"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7979"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11595"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11595"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11595"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11595"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}