{"id":116,"date":"2025-05-15T06:57:24","date_gmt":"2025-05-15T06:57:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=116"},"modified":"2025-05-15T06:57:24","modified_gmt":"2025-05-15T06:57:24","slug":"nahas-trak-fru-sultan-selangor-bertitah-ambil-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nahas-trak-fru-sultan-selangor-bertitah-ambil-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Nahas trak FRU: Sultan Selangor bertitah ambil tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan tegas perlu diambil kerajaan bagi menangani jumlah kes kemalangan kian meningkat, khasnya membabitkan kenderaan berat.<\/p>\n<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tindakan juga perlu diambil terhadap pihak syarikat kenderaan berat terlibat dalam kemalangan dan menarik balik lesen memandu.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.<\/p>\n<p>\u201cIni bagi memberi pengajaran kepada pemandu lain agar lebih berhati-hati dan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika memandu,\u201d titah baginda dalam catatan Facebook Selangor Royal Office.<\/p>\n<p>Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Teluk Intan kelmarin.<\/p>\n<p>Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi menyayat hati menimpa semua mangsa.<\/p>\n<p>Dalam nahas pagi Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki mereka dilanggar sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.<\/p>\n<p>Sultan Sharafuddin menggesa syarikat pengendali perkhidmatan lori, bas dan kenderaan berat membuat penilaian ketat dalam memilih pemandu dan kelindan.<\/p>\n<p>Baginda turut mengingatkan semua pihak terbabit tidak memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada kecuaian seperti keadaan kenderaan serta kelayakan pemandu.<\/p>\n<p>\u201cBaginda berharap dan berdoa tidak akan berlaku lagi tragedi kemalangan sebegini, apatah lagi yang membabitkan kehilangan nyawa insan tidak berdosa, khususnya mereka yang sedang berkhidmat untuk keamanan negara.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan tegas perlu diambil kerajaan bagi menangani jumlah kes kemalangan kian meningkat, khasnya membabitkan kenderaan berat. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tindakan juga perlu diambil terhadap pihak syarikat kenderaan berat terlibat dalam kemalangan dan menarik balik lesen memandu. \u201cSekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":117,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[40,42,96,97,50],"authors":[],"class_list":["post-116","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fru","tag-kemalangan","tag-selangor","tag-sultan","tag-trak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":118,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/116\/revisions\/118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/117"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=116"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}