{"id":11615,"date":"2026-06-15T14:10:20","date_gmt":"2026-06-15T14:10:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11615"},"modified":"2026-06-15T14:10:20","modified_gmt":"2026-06-15T14:10:20","slug":"persefahaman-as-iran-dialu-alukan-harap-redakan-ketegangan-asia-barat-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/persefahaman-as-iran-dialu-alukan-harap-redakan-ketegangan-asia-barat-pmx\/","title":{"rendered":"Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia menyambut baik persefahaman yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dalam usaha menamatkan permusuhan yang berlarutan antara kedua-dua negara, sekali gus dilihat sebagai perkembangan positif untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut mengalu-alukan pengumuman memorandum persefahaman antara AS dan Iran dijangka ditandatangani dalam tempoh beberapa hari akan datang sebagai langkah susulan kepada rundingan yang berlangsung.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perkembangan itu memberi harapan baharu kepada usaha diplomasi yang sekian lama diusahakan bagi mengelakkan konflik lebih besar yang boleh menjejaskan kestabilan serantau dan global.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia mengalu-alukan persefahaman yang dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran ke arah menamatkan permusuhan serta melihatnya sebagai langkah penting dalam usaha meredakan ketegangan di Asia Barat,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.<\/p>\n<p>Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap usaha pengantaraan yang berjaya membawa kedua-dua pihak ke tahap persefahaman tersebut, khususnya peranan yang dimainkan oleh Pakistan dalam memudah cara rundingan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pembukaan semula Selat Hormuz kepada laluan perkapalan antarabangsa kini perlu diberikan keutamaan memandangkan ia merupakan antara laluan maritim paling penting bagi perdagangan dunia dan bekalan tenaga global.<\/p>\n<p>\u201cPembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan antarabangsa kini mesti dianggap sebagai perkara yang paling mendesak. Selat itu adalah laluan penting bagi keselamatan tenaga global dan perdagangan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cSebarang gangguan berpanjangan tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar menggesa semua pihak yang terlibat supaya meneruskan proses yang telah dipersetujui dengan penuh tanggungjawab dan niat baik bagi memastikan persefahaman yang dicapai dapat diterjemahkan kepada penyelesaian damai yang berkekalan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak termasuk kuasa-kuasa luar yang mempunyai kepentingan di rantau berkenaan agar tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan usaha diplomasi atau mencetuskan semula permusuhan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia bersedia menyokong segala usaha ke arah mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, selain menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus mengekalkan momentum positif ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hubungan antara AS dan Iran telah lama tegang susulan pelbagai isu termasuk program nuklear Iran, sekatan ekonomi serta persaingan geopolitik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Ketegangan itu turut memberi kesan kepada keselamatan perkapalan dan perdagangan global, khususnya di Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menyambut baik persefahaman yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dalam usaha menamatkan permusuhan yang berlarutan antara kedua-dua negara, sekali gus dilihat sebagai perkembangan positif untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Barat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut mengalu-alukan pengumuman memorandum persefahaman antara AS dan Iran dijangka ditandatangani dalam tempoh beberapa hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,13,1763,582,585,74,18,3476],"authors":[],"class_list":["post-11615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar","tag-global","tag-iran","tag-krisis","tag-minyak","tag-pmx","tag-selat-hormuz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11616,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11615\/revisions\/11616"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11615"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}