{"id":11620,"date":"2026-06-15T16:32:46","date_gmt":"2026-06-15T16:32:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11620"},"modified":"2026-06-15T16:32:46","modified_gmt":"2026-06-15T16:32:46","slug":"prn-johor-anwar-gesa-pengundi-pilih-kerajaan-negeri-sehaluan-dengan-putrajaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-johor-anwar-gesa-pengundi-pilih-kerajaan-negeri-sehaluan-dengan-putrajaya\/","title":{"rendered":"PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor memilih kerajaan negeri yang sealiran dengan Putrajaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memastikan urusan pembangunan dan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.<\/p>\n<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH) it berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memudahkan rundingan serta mempercepatkan penyelesaian pelbagai isu yang dihadapi rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPilihan raya ini penting. Saya minta rakyat pilihlah kerajaan negeri yang boleh bersama dengan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cPimpinan di Johor mesti orang yang bijak dan berani, barulah dia boleh buat keputusan dan jaga kepentingan Johor,\u201d katanya ketika berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Bakri malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memilih pemimpin yang dekat dengan masyarakat, memahami masalah mereka dan tidak bersikap angkuh.<\/p>\n<p>\u201cBuat apa nak sombong, gaduh? Kita perlu pilih pemimpin yang bijak. Kita mahu wakil rakyat di negeri, ADUN dan Exco yang ambil tahu masalah rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan kepimpinan yang berwibawa di peringkat negeri dan Persekutuan mampu meningkatkan keyakinan pelabur serta mengukuhkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar menyentuh hubungan diplomatik Malaysia dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China yang menurutnya perlu diurus secara seimbang tanpa mengabaikan prinsip negara.<\/p>\n<p>\u201cKita berkawan dengan semua orang tetapi kita jaga prinsip. Kalau ada yang buat tidak betul, kita akan cakap tidak betul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun Johor merupakan antara negeri terkaya di negara ini, masih terdapat beberapa isu asas yang memerlukan perhatian segera termasuk kemudahan sekolah dan infrastruktur awam.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau sendiri menerima maklum balas mengenai keadaan sebuah sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera, termasuk kemudahan kantin yang uzur.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan besar bagi menangani masalah banjir di Muar yang sekian lama membelenggu penduduk.<\/p>\n<p>\u201cMasalah banjir di Muar saya tolong. Berapa ratus juta saya bagi untuk projek tebatan banjir dan saya lulus untuk bantu anda. Sekarang sudah hampir siap dan banjir sudah terkawal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Johor kini menjadi antara negeri yang sering disebut sebagai kubu penting politik negara susulan kedudukannya sebagai penyumbang utama ekonomi serta pintu masuk pelaburan asing.<\/p>\n<p>Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Persekutuan turut memberi tumpuan kepada pembangunan negeri itu menerusi pelbagai projek strategik termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), inisiatif infrastruktur dan projek tebatan banjir.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Anwar menegaskan keselarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan membantu mempercepatkan pelaksanaan agenda pembangunan serta memberi manfaat lebih besar kepada rakyat Johor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor memilih kerajaan negeri yang sealiran dengan Putrajaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memastikan urusan pembangunan dan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) it berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memudahkan rundingan serta mempercepatkan penyelesaian pelbagai isu yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11621,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,630,727,172,9,18,103],"authors":[],"class_list":["post-11620","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-johor","tag-pakatan-harapan","tag-pengundi","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11620","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11620"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11620\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11622,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11620\/revisions\/11622"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11621"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11620"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11620"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11620"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11620"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}