{"id":11658,"date":"2026-06-16T07:53:43","date_gmt":"2026-06-16T07:53:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11658"},"modified":"2026-06-16T07:53:43","modified_gmt":"2026-06-16T07:53:43","slug":"onn-hafiz-ubah-jadual-untuk-hadir-ke-majlis-bersama-loke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/onn-hafiz-ubah-jadual-untuk-hadir-ke-majlis-bersama-loke\/","title":{"rendered":"Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sanggup menyusun semula jadual rasminya bagi menghadiri Majlis Peluncuran Operasi Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.<\/p>\n<p>Menurut beliau, meskipun menerima jemputan dalam tempoh singkat, tanggungjawab terhadap rakyat dan kepentingan negeri mendorongnya untuk hadir ke majlis berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sepatutnya menghadiri makan tengah hari bersama tetamu dari Harvard hari ini, tetapi saya ubah jadual untuk hadir ke sini.<\/p>\n<p>\u201cNamun apa pun keadaan, saya faham walaupun kita sedang berada dalam suasana yang luar biasa, kita harus kekal profesional dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai kerajaan demi kesejahteraan rakyat,\u201d katanya ketika berucap pada majlis tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kehadirannya juga bagi menyampaikan suara rakyat Johor termasuk kebimbangan dan keluhan berkaitan isu pengangkutan yang dihadapi di negeri itu.<\/p>\n<p>Majlis berkenaan menjadi perhatian selepas ia merupakan pertemuan terbuka antara Onn Hafiz dan Loke susulan pertikaman lidah kedua-dua pemimpin itu di media sosial berhubung beberapa isu melibatkan pembangunan dan pengangkutan di Johor.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Onn Hafiz turut menegaskan amanah seorang pemimpin tidak bergantung kepada kedudukan atau kuasa yang dimiliki, sebaliknya diukur melalui kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cYB Menteri mungkin kita ada perbezaan dalam banyak perkara. Ya, mungkin saya tak berapa tinggi kalau nak dibandingkan dengan YB Menteri yang jauh lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cBesar dari segi kuasanya, besar dari segi peruntukannya. Namun begitu, saya percaya serendah atau sebesar mana pun kedudukan kita, amanah seorang pemimpin tetap sama, bekerja demi kepentingan rakyat dan memudahkan kehidupan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rakyat tidak menilai pemimpin berdasarkan jumlah pengumuman projek yang dibuat, sebaliknya menilai keupayaan mereka menyampaikan hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cRakyat tidak menilai siapa yang paling banyak mengumumkan projek. Rakyat menilai siapa yang benar-benar menyampaikan hasil yang terbaik untuk mereka. Di situlah sebenarnya rendah atau besarnya seorang pemimpin dinilai,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Onn Hafiz turut mengingatkan kepimpinan perlu berteraskan adab dan profesionalisme walaupun wujud perbezaan pandangan dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>Sebelum ini, hubungan antara kerajaan negeri Johor dan Kementerian Pengangkutan menjadi perhatian susulan beberapa kenyataan yang saling berbalas di media sosial mengenai isu infrastruktur dan pengangkutan awam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sanggup menyusun semula jadual rasminya bagi menghadiri Majlis Peluncuran Operasi Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurut beliau, meskipun menerima jemputan dalam tempoh singkat, tanggungjawab terhadap rakyat dan kepentingan negeri mendorongnya untuk hadir ke majlis berkenaan. \u201cSaya sepatutnya menghadiri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11659,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[508,63,630,408,3847,1828,4171,146],"authors":[],"class_list":["post-11658","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-johor","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pengangkutan","tag-shuttle-selatan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11658"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11660,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11658\/revisions\/11660"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11659"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11658"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}