{"id":11663,"date":"2026-06-16T14:13:07","date_gmt":"2026-06-16T14:13:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11663"},"modified":"2026-06-16T14:13:07","modified_gmt":"2026-06-16T14:13:07","slug":"pasukan-khas-pantau-isu-3r-menjelang-prn-johor-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pasukan-khas-pantau-isu-3r-menjelang-prn-johor-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran kandungan berunsur 3R membabitkan agama, kaum dan institusi diraja sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan proses demokrasi berjalan dalam suasana aman dan terkawal.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pemantauan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerjasama antara ketiga-tiga agensi tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah lama diwujudkan bagi mengekang penyebaran kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cSebarang kandungan berunsur 3R yang disebarkan melalui media sosial termasuk siaran langsung atau rakaman video boleh dikenakan tindakan sekiranya menerima aduan dan didapati melanggar peruntukan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cJika perkara itu berlaku secara fizikal ketika tempoh kempen, tindakan boleh diambil oleh pihak PDRM atau SPR mengikut bidang kuasa masing-masing,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut mengingatkan semua parti yang bertanding supaya mengamalkan budaya politik matang dan berkempen secara sihat tanpa memainkan isu sensitif yang berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, setiap pihak perlu menghormati batas undang-undang serta memastikan kempen pilihan raya lebih tertumpu kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu proses demokrasi berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur yang boleh mengancam perpaduan dan keharmonian negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu berkaitan 3R sering menjadi perhatian pihak berkuasa terutama ketika musim pilihan raya kerana kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja berpotensi menimbulkan ketegangan sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran kandungan berunsur 3R membabitkan agama, kaum dan institusi diraja sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan proses demokrasi berjalan dalam suasana aman dan terkawal. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pemantauan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11671,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[815,112,630,16,1154,4172,103],"authors":[],"class_list":["post-11663","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-3r","tag-fahmi","tag-johor","tag-mcmc","tag-negeri-sembilan","tag-pasukan-khas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11663","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11663"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11663\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11664,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11663\/revisions\/11664"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11671"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11663"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11663"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11663"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11663"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}