{"id":11665,"date":"2026-06-16T14:03:25","date_gmt":"2026-06-16T14:03:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11665"},"modified":"2026-06-16T14:03:25","modified_gmt":"2026-06-16T14:03:25","slug":"fahmi-nasihat-ketua-pengarah-j-kom-agar-berhati-hati-di-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-nasihat-ketua-pengarah-j-kom-agar-berhati-hati-di-media-sosial\/","title":{"rendered":"Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil sudah memberikan nasihat kepada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Hisyamuddin Ghazali, supaya lebih berhati-hati dalam pendekatan komunikasinya di media sosial bagi mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh dimanipulasi pihak tertentu.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi berkata nasihat itu diberikan susulan beberapa kenyataan dan hantaran dibuat Ketua Pengarah J-Kom baharu, Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz di platform media sosial yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cIni baru minggu pertama dan kita akan meneliti mutu perkhidmatan beliau. Pada waktu ini, beliau ada menerima nasihat dan saya sendiri telah menasihatinya.<\/p>\n<p>\u201cJangan sehingga wujud ruang yang boleh dimanipulasi oleh pihak yang memusuhi atau sengaja mencari isu mengenai perkara tertentu,\u201d katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut mengingatkan mesej yang disampaikan oleh Mohd Hisyamuddin perlu jelas dan mudah difahami rakyat supaya tidak menimbulkan salah tafsir terhadap dasar serta usaha kerajaan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mengakui kepantasan Mohd Hisyamuddin dalam mengendalikan isu semasa merupakan satu kelebihan yang boleh membawa pembaharuan kepada J-Kom.<\/p>\n<p>\u201cSaya melihat kepantasan beliau dalam mengetengahkan isu serta menangani sesuatu perkara sebagai satu perkara yang sangat segar. Tenaga dan dinamisme yang ditunjukkan beliau juga sangat baik, namun perlu disertai dengan sikap berhati-hati supaya rakyat benar-benar memahami visi dan usaha kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Hisyamuddin mula menerajui J-Kom dalam usaha memperkukuh komunikasi kerajaan kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Namun, beberapa hantaran dan kenyataannya sejak memegang jawatan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam ruang media sosial.<\/p>\n<p>Sebahagian pengguna media sosial berpendapat beliau perlu lebih cermat dalam menyampaikan pandangan memandangkan kedudukannya kini sebagai pegawai kanan kerajaan yang bertanggungjawab menyelaras komunikasi serta penyampaian maklumat kepada rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil sudah memberikan nasihat kepada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Hisyamuddin Ghazali, supaya lebih berhati-hati dalam pendekatan komunikasinya di media sosial bagi mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh dimanipulasi pihak tertentu. Menteri Komunikasi berkata nasihat itu diberikan susulan beberapa kenyataan dan hantaran dibuat Ketua Pengarah J-Kom baharu, Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,91,184,4173,16,4131,4098],"authors":[],"class_list":["post-11665","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-j-kom","tag-komunikasi","tag-kontroversi","tag-mcmc","tag-mohd-hisyamuddin-ghazali","tag-syam-ghaz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11665","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11665"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11665\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11666,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11665\/revisions\/11666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11665"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}