{"id":11690,"date":"2026-06-17T05:01:49","date_gmt":"2026-06-17T05:01:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11690"},"modified":"2026-06-17T05:01:49","modified_gmt":"2026-06-17T05:01:49","slug":"berfikir-sebelum-bertindak-sultan-nazrin-ingatkan-pemimpin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/berfikir-sebelum-bertindak-sultan-nazrin-ingatkan-pemimpin\/","title":{"rendered":"Berfikir sebelum bertindak, Sultan Nazrin ingatkan pemimpin"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru mengikut emosi kerana tindakan sedemikian boleh membawa kesan buruk kepada negara dan rakyat.<\/p>\n<p>Baginda bertitah keputusan yang dibuat tanpa pertimbangan matang demi kepentingan jangka pendek akhirnya akan menyebabkan rakyat yang tidak bersalah menanggung akibat yang besar.<\/p>\n<p>\u201cAmatlah malang bagi sesebuah negara dan bangsa apabila berlakunya suasana pemimpin memilih bertindak secara impulsif, melatah dan melulu mengikut dorongan hati dan pengaruh emosi, lalu bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir panjang,\u201d titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra hari ini.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin bertitah lagi, peristiwa hijrah Rasulullah SAW menjadi contoh terbaik tentang pentingnya perancangan yang teliti sebelum melaksanakan sesuatu perubahan besar.<\/p>\n<p>Menurut baginda, penghijrahan Rasulullah SAW bukanlah tindakan yang dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya disusun dengan penuh strategi, termasuk memilih laluan yang selamat, mendapatkan maklumat risikan dan menilai pelbagai risiko yang mungkin dihadapi.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu perubahan memerlukan perancangan yang matang dan pertimbangan yang menyeluruh,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut menjelaskan bahawa kisah hijrah menunjukkan Islam mengiktiraf kepakaran, integriti dan amanah seseorang tanpa prejudis terhadap latar belakang agama, selagi tidak memudaratkan umat Islam.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Sultan Nazrin menekankan seorang pemimpin perlu sentiasa tenang, terbuka dan berhati-hati ketika membuat keputusan.<\/p>\n<p>Baginda berkata, setiap tindakan perlu berasaskan maklumat yang mencukupi serta pertimbangan rasional bagi memastikan hasil terbaik dapat dicapai.<\/p>\n<p>Selain aspek kepimpinan, baginda turut menggariskan tiga pengajaran utama daripada peristiwa hijrah iaitu pengorbanan, perpaduan dan kerjasama serta tawakal kepada Allah SWT.<\/p>\n<p>Menurut baginda, pengorbanan merupakan asas kepada setiap kejayaan besar sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda dan keselesaan hidup demi mempertahankan akidah Islam.<\/p>\n<p>\u201cSemangat pengorbanan yang semakin kabur dalam kalangan ummah perlu dihidupkan semula dan dijadikan budaya hidup demi memastikan kelangsungan negara berdepan cabaran dunia yang semakin mencabar,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut mengingatkan perpaduan dan kerjasama menjadi kekuatan utama yang membolehkan Madinah berkembang sebagai sebuah masyarakat yang aman, maju dan berperadaban.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin berkata, langkah Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar berjaya menghapuskan jurang perbezaan serta menjadi asas kepada pembentukan masyarakat majmuk yang bersatu melalui Piagam Madinah, amalan toleransi dan kepimpinan yang adil.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan sesebuah negara bergantung kepada kesediaan rakyat untuk bekerjasama, saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza latar belakang,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Sambutan Maal Hijrah saban tahun diraikan bagi memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi titik penting dalam perkembangan tamadun Islam.<\/p>\n<p>Tema hijrah terus dijadikan panduan dalam membentuk masyarakat yang lebih bersatu, berintegriti dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru mengikut emosi kerana tindakan sedemikian boleh membawa kesan buruk kepada negara dan rakyat. Baginda bertitah keputusan yang dibuat tanpa pertimbangan matang demi kepentingan jangka pendek akhirnya akan menyebabkan rakyat yang tidak bersalah menanggung akibat yang besar. \u201cAmatlah malang bagi sesebuah negara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4177,52,1513,262],"authors":[],"class_list":["post-11690","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-maal-hijrah","tag-perak","tag-sultan-nazrin-shah","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11690","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11691,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11690\/revisions\/11691"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11690"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}