{"id":11697,"date":"2026-06-17T08:44:31","date_gmt":"2026-06-17T08:44:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11697"},"modified":"2026-06-17T08:44:31","modified_gmt":"2026-06-17T08:44:31","slug":"amk-johor-kritik-onn-hafiz-dakwa-rakyat-yang-mahu-prn-diadakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-johor-kritik-onn-hafiz-dakwa-rakyat-yang-mahu-prn-diadakan\/","title":{"rendered":"AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor mempersoalkan dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan atas kehendak rakyat, sambil menegaskan tiada bukti jelas yang menunjukkan majoriti penduduk negeri itu mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan lebih awal.<\/p>\n<p>Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad berkata kerajaan negeri ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mempunyai majoriti yang kukuh, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cApakah ada sebarang referendum, pungutan suara atau kajian rasmi yang menunjukkan majoriti Bangsa Johor mendesak supaya DUN dibubarkan lebih awal?<\/p>\n<p>\u201cRakyat mana yang meminta PRN Johor diadakan ketika kerajaan negeri masih berfungsi dengan baik dan mempunyai majoriti yang amat kukuh,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang menyatakan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor dibuat berdasarkan kehendak rakyat dan bukannya bersifat sombong.<\/p>\n<p>Menurut Faezuddin, kedudukan semasa kerajaan negeri membolehkan semua dasar, usul dan pindaan diluluskan tanpa sebarang halangan yang ketara.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, katanya, cadangan mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan sebelum ini berjaya diluluskan dengan selesa oleh kerajaan negeri yang mempunyai majoriti besar di DUN Johor.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa keputusan PRN Johor 2022 menunjukkan BN hanya memperoleh 43.11 peratus undi popular, sekali gus menggambarkan bahawa majoriti pengundi tidak memilih gabungan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cData ini menunjukkan majoriti rakyat tidak mengundi BN. Melainkan \u2018rakyat BN\u2019 sahaja yang meminta supaya PRN diadakan segera,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Faezuddin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai berkata, dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat konflik geopolitik dan tekanan kos sara hidup, keutamaan kerajaan negeri sepatutnya tertumpu kepada usaha memperkukuh ekonomi serta membantu rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya dengan kedudukan BN yang kuat dalam kerajaan negeri digunakan sebaik mungkin untuk memulihkan dan mengukuhkan ekonomi. Membubarkan DUN bukanlah satu keutamaan ketika ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berpendapat tindakan mengadakan pilihan raya ketika kerajaan masih stabil dan mempunyai baki tempoh kira-kira setahun sebelum tamat penggal hanya akan mengheret rakyat ke dalam percaturan politik yang tidak diperlukan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat hari ini cerdik. Mereka tahu apa yang berlaku sekarang hanyalah satu keputusan politik yang dibuat oleh BN, itu sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor mempersoalkan dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan atas kehendak rakyat, sambil menegaskan tiada bukti jelas yang menunjukkan majoriti penduduk negeri itu mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan lebih awal. Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad berkata kerajaan negeri ketika ini berada dalam keadaan stabil dan mempunyai majoriti yang kukuh, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3072,630,3847,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11697","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-faezuddin-puad","tag-johor","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11697"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11698,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11697\/revisions\/11698"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11697"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}