{"id":11699,"date":"2026-06-17T08:53:00","date_gmt":"2026-06-17T08:53:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11699"},"modified":"2026-06-17T08:53:05","modified_gmt":"2026-06-17T08:53:05","slug":"jangan-musuhi-dap-ketika-kempen-berkawan-bila-berkuasa-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-musuhi-dap-ketika-kempen-berkawan-bila-berkuasa-mahfuz\/","title":{"rendered":"Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah Mahfuz Omar mempersoalkan konsistensi pendirian politik sesetengah pemimpin yang sebelum ini sering menjadikan DAP sebagai sasaran politik, namun kini dilihat bekerjasama rapat dengan parti itu dalam urusan pentadbiran dan pembangunan negeri.<\/p>\n<p>Beliau mengulas laporan media mengenai program dan pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia penting demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri.<\/p>\n<p>\u201cTiada siapa mempertikaikan keperluan pemimpin kerajaan bekerjasama demi kepentingan rakyat. Namun rakyat berhak mengetahui pendirian sebenar apabila naratif politik yang dimainkan sebelum ini dilihat bercanggah dengan apa yang berlaku hari ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, jika selama ini DAP dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sering digambarkan sebagai ancaman politik, timbul persoalan mengapa kini tiada masalah untuk berkongsi pentas, menghadiri program bersama dan melaksanakan projek pembangunan secara bersama.<\/p>\n<p>\u201cAdakah naratif yang dimainkan sebelum ini sekadar retorik politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu, atau pendirian yang dipegang selama ini sebenarnya tidak konsisten?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menegaskan rakyat semakin matang dalam menilai perkembangan politik semasa dan tidak mudah menerima pendekatan yang berubah mengikut keadaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tidak wajar DAP dijadikan musuh ketika musim pilihan raya, tetapi pada masa yang sama menjadi rakan strategik apabila melibatkan pelaksanaan projek kerajaan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur.<\/p>\n<p>\u201cPolitik seperti ini hanya menghakis kepercayaan rakyat terhadap keikhlasan seseorang pemimpin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga berpandangan Kerajaan Perpaduan memerlukan kejujuran dan ketelusan dalam hubungan antara parti-parti komponennya, bukannya permainan sentimen politik yang boleh mengelirukan rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, Johor turut menerima manfaat hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, termasuk pelbagai projek strategik yang melibatkan kementerian diterajui pemimpin PH.<\/p>\n<p>\u201cAdalah tidak adil apabila kejayaan mahu dikongsi bersama, tetapi pada masa yang sama sentimen kebencian terhadap rakan dalam Kerajaan Perpaduan terus dimainkan demi kepentingan politik sempit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata politik matang menuntut pemimpin bersikap konsisten dan berani mengakui realiti kerjasama yang sedang berlangsung demi manfaat rakyat.<\/p>\n<p>\u201cJika semalam DAP dijadikan ancaman, mengapa hari ini boleh menjadi rakan pembangunan? Rakyat berhak mendapat jawapan yang jujur,\u201d katanya<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan rakyat Johor tidak memerlukan politik bermuka-muka, sebaliknya mahukan pemimpin yang bercakap benar, konsisten dengan pendirian dan jujur dalam berpolitik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah Mahfuz Omar mempersoalkan konsistensi pendirian politik sesetengah pemimpin yang sebelum ini sering menjadikan DAP sebagai sasaran politik, namun kini dilihat bekerjasama rapat dengan parti itu dalam urusan pentadbiran dan pembangunan negeri. Beliau mengulas laporan media mengenai program dan pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,63,630,185,3300,633,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11699","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-dap","tag-johor","tag-kempen","tag-mahfuz-omar","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11699"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11700,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11699\/revisions\/11700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11699"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}