{"id":11702,"date":"2026-06-17T13:54:39","date_gmt":"2026-06-17T13:54:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11702"},"modified":"2026-06-17T13:54:39","modified_gmt":"2026-06-17T13:54:39","slug":"harga-diesel-turun-30-sen-subsidi-kerajaan-cecah-rm3-5-bilion-sebulan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-diesel-turun-30-sen-subsidi-kerajaan-cecah-rm3-5-bilion-sebulan\/","title":{"rendered":"Harga diesel turun 30 sen, subsidi kerajaan cecah RM3.5 bilion sebulan"},"content":{"rendered":"<p>Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 30 sen seliter kepada RM4.37 bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026 selaras dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), menurut Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya hari ini, MOF memaklumkan penurunan itu dibuat susulan pergerakan purata harga pasaran minyak antarabangsa pada minggu sebelumnya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing kekal pada RM4.35 dan RM3.72 seliter, manakala harga semua bahan api bersubsidi turut tidak berubah.<\/p>\n<p>Menurut kementerian itu, kerajaan melihat perkembangan positif dalam konflik di Asia Barat yang menunjukkan tanda-tanda ke arah penyelesaian lebih berkekalan, sekali gus membantu meredakan tekanan terhadap harga minyak mentah dunia.<\/p>\n<p>\u201cPerkembangan tersebut menyumbang kepada penyederhanaan harga minyak mentah global berbanding paras tertinggi sebelum ini,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Namun MOF menjelaskan beban subsidi yang ditanggung kerajaan masih tinggi meskipun harga diesel menunjukkan penurunan.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan harga pasaran semasa, tanggungan subsidi kerajaan masih diunjurkan sekitar RM3.5 bilion sebulan. Daripada jumlah itu, subsidi RON95 dianggarkan sekitar RM2 bilion sebulan manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kementerian turut mengingatkan beberapa risiko jangka pendek masih boleh menjejaskan trend penurunan harga minyak global.<\/p>\n<p>\u201cMasih terdapat beberapa risiko jangka pendek yang boleh mengekang penurunan harga minyak mentah dan produk petroleum ke paras prakonflik.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuk ketidaktentuan berhubung pembukaan semula laluan perdagangan di Selat Hormuz, gangguan bekalan yang dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya, serta risiko rundingan damai tidak mencapai penyelesaian muktamad,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan menegaskan akan terus memastikan kebajikan rakyat dan kelangsungan operasi sektor tertentu terpelihara melalui pemberian bantuan serta subsidi bersasar, selain mengurus perbelanjaan fiskal secara berhemat ketika ketidaktentuan pasaran global masih berterusan.<\/p>\n<p>Walaupun bekalan bahan api negara masih mencukupi ketika ini, Kerajaan MADANI menggesa rakyat mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah.<\/p>\n<p>\u201cPerancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 30 sen seliter kepada RM4.37 bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026 selaras dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), menurut Kementerian Kewangan (MOF). Dalam kenyataannya hari ini, MOF memaklumkan penurunan itu dibuat susulan pergerakan purata harga pasaran minyak antarabangsa pada minggu sebelumnya. Bagaimanapun, harga petrol RON97 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8546,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[916,75,74,482,76,296],"authors":[],"class_list":["post-11702","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-diesel","tag-harga","tag-minyak","tag-mof","tag-petrol","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11702","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11702"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11702\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11703,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11702\/revisions\/11703"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8546"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11702"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11702"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11702"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11702"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}