{"id":11704,"date":"2026-06-17T14:10:52","date_gmt":"2026-06-17T14:10:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11704"},"modified":"2026-06-17T14:10:52","modified_gmt":"2026-06-17T14:10:52","slug":"sambutan-hari-peneroka-ditangguh-atas-permintaan-kerajaan-johor-sendiri-sumber","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sambutan-hari-peneroka-ditangguh-atas-permintaan-kerajaan-johor-sendiri-sumber\/","title":{"rendered":"Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? &#8211; Sumber"},"content":{"rendered":"<p>Tular di media sosial surat penangguhan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 sehingga mencetuskan dakwaan bahawa kerajaan negeri menerima arahan untuk membatalkan program berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, sumber memaklumkan kronologi sebenar menunjukkan cadangan penangguhan itu datang daripada pihak kerajaan negeri sendiri sebelum surat rasmi FELDA dikeluarkan.<\/p>\n<p>Menurut sumber yang mengetahui urusan berkenaan, hasrat untuk membatalkan atau menangguhkan program itu terlebih dahulu dimaklumkan oleh pihak Pejabat Menteri Besar Johor sebelum surat rasmi penangguhan dikeluarkan oleh FELDA Wilayah Segamat.<\/p>\n<p>Difahamkan, pada petang 15 Jun, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai yang ditempatkan di Pejabat Menteri Besar Johor memaklumkan mengenai hasrat Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi untuk membatalkan program berkenaan.<\/p>\n<p>Susulan itu, Pengarah FELDA Wilayah Johor Bahru dikatakan menghubungi Pengarah FELDA Wilayah Segamat bagi memaklumkan perkara tersebut dan meminta jemputan kepada program berkenaan dimaklumkan agar ditangguhkan.<\/p>\n<p>Berikutan perkembangan itu, Pengarah FELDA Wilayah Segamat mengeluarkan surat bertarikh 16 Jun yang memaklumkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun di FELDA Ulu Belitong ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.<\/p>\n<p>Semakan terhadap surat yang tular itu menunjukkan dokumen berkenaan hanya memaklumkan mengenai penangguhan program tanpa menyatakan sebarang sebab di sebalik keputusan tersebut.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beberapa pihak di media sosial didakwa membuat tafsiran kerajaan negeri menerima arahan daripada pihak lain untuk membatalkan program tersebut.<\/p>\n<p>Sumber berkata, tanggapan itu tidak selari dengan kronologi sebenar kerana cadangan penangguhan berkenaan datang daripada pihak kerajaan negeri sebelum tindakan susulan diambil oleh FELDA.<\/p>\n<p>Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab penangguhan program berkenaan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Zahari Sarip dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan bahawa sambutan berkenaan tidak dapat diteruskan pada saat akhir.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan negeri telah membuat pelbagai persiapan bagi menjayakan program tersebut yang dijangka menghimpunkan lebih 5,000 warga FELDA daripada 73 tanah rancangan di seluruh Johor.<\/p>\n<p>Antara pengisian yang dirancang termasuk penyerahan hak milik kepada 210 peneroka, program pembangunan komuniti, pameran agensi, aktiviti belia dan keluarga serta pelbagai inisiatif kebajikan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tular di media sosial surat penangguhan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 sehingga mencetuskan dakwaan bahawa kerajaan negeri menerima arahan untuk membatalkan program berkenaan. Bagaimanapun, sumber memaklumkan kronologi sebenar menunjukkan cadangan penangguhan itu datang daripada pihak kerajaan negeri sendiri sebelum surat rasmi FELDA dikeluarkan. Menurut sumber yang mengetahui urusan berkenaan, hasrat untuk membatalkan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11705,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[792,630,408,3847,2124],"authors":[],"class_list":["post-11704","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-felda","tag-johor","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-sambutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11704","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11704"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11706,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11704\/revisions\/11706"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11704"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}