{"id":11713,"date":"2026-06-18T04:45:21","date_gmt":"2026-06-18T04:45:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11713"},"modified":"2026-06-18T04:45:21","modified_gmt":"2026-06-18T04:45:21","slug":"istana-johor-penentu-siapa-jadi-menteri-besar-selepas-prn-onn-hafiz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/istana-johor-penentu-siapa-jadi-menteri-besar-selepas-prn-onn-hafiz\/","title":{"rendered":"Istana Johor penentu siapa jadi Menteri Besar selepas PRN: Onn Hafiz"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan status sebagai \u201cposter boy\u201d Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan jaminan untuk terus menerajui kerajaan negeri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pelantikan Menteri Besar tetap tertakluk kepada perkenan Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor selaras dengan amalan dan peruntukan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Menteri Besar, saya akan dilihat sebagai poster boy, its very natural. Tapi kita jelas bahawa apa pun keadaan, yang akan menentukan siapa Menteri Besar ialah Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor. Perkenan Istana Johor sangat penting,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediamannya di Saujana selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.<\/p>\n<p>Dalam pertemuan itu, Onn Hafiz turut berkongsi pesanan Istana Johor yang mahu semua pihak bertanding pada PRN kali ini mengekalkan budaya politik matang serta menghormati antara satu sama lain sepanjang tempoh berkempen.<\/p>\n<p>Menurutnya, Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail mengingatkan Johor perlu terus menampilkan identitinya yang tersendiri dengan mengutamakan adab dan tertib dalam berpolitik.<\/p>\n<p>\u201cKe bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor mengingatkan saya, \u2018Datuk, Johor mesti jadi Johor\u2019, maksudnya dari segi adab kita berkempen, tertib kita berkempen mesti melambangkan cara kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendekatan politik sederhana yang diamalkan di Johor bukan sesuatu yang baharu, malah telah lama menjadi budaya termasuk dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun terdapat perbezaan pandangan politik, ia tidak seharusnya diterjemahkan melalui penghinaan, maki hamun atau tindakan yang mencetuskan ketegangan.<\/p>\n<p>\u201cTak perlu maki hamun, tak perlu caci maki atau menghina sesiapa. Memberikan pendapat memang sepatutnya berlaku, tetapi cara bagaimana kita menyampaikannya sangat penting.<\/p>\n<p>\u201cItulah sebabnya Tuanku kata, jaga adab, jaga tertib bila dalam musim pilihan raya ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Johor dan bakal menyaksikan persaingan sengit antara beberapa gabungan utama bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai. Hari pengundian pula ditetapkan pada 11 Julai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan status sebagai \u201cposter boy\u201d Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan jaminan untuk terus menerajui kerajaan negeri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Menurut beliau, pelantikan Menteri Besar tetap tertakluk kepada perkenan Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor selaras dengan amalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1059,630,3847,633,795,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11713","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-istana","tag-johor","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pilihan-raya","tag-poster-boy","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11713","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11713"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11713\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11714,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11713\/revisions\/11714"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11713"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11713"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11713"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11713"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}