{"id":11724,"date":"2026-06-18T08:23:21","date_gmt":"2026-06-18T08:23:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11724"},"modified":"2026-06-18T08:23:21","modified_gmt":"2026-06-18T08:23:21","slug":"pas-mahu-kuasai-pn-buat-apa-saja-mereka-nak-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-mahu-kuasai-pn-buat-apa-saja-mereka-nak-tun-faisal\/","title":{"rendered":"PAS mahu kuasai PN buat apa saja mereka nak? &#8211; Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan menggugurkan Radzi Jidin dan Mohamed Azmin Ali daripada jawatan penting dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai usaha PAS untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam gabungan itu, kata Tun Faisal Ismail Aziz.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, penstrukturan semula kepimpinan PN yang diumumkan semalam menyebabkan jumlah wakil PAS dalam Majlis Tertinggi (MT) PN meningkat kepada lapan orang, manakala wakil Bersatu berkurangan kepada empat orang.<\/p>\n<p>Tun Faisal berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai keseimbangan kuasa dalam gabungan pembangkang berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cDengan pengguguran Radzi dan Azmin, PAS cuba memaksimumkan undi mereka kepada lapan undi dan pada masa sama mahu mengurangkan undi Bersatu kepada hanya empat undi.<\/p>\n<p>\u201cDengan kelebihan ini, PAS boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana mereka yakin keputusan akan berpihak kepada mereka,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan keputusan mengadakan mesyuarat tergempar MT PN dalam masa terdekat sedangkan sebelum ini, menurutnya, kepimpinan gabungan itu tidak menunjukkan kesungguhan untuk menangani konflik dalaman atau mengadakan mesyuarat berkaitan persiapan pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya, mengapa tiba-tiba perlu mesyuarat tergempar sedangkan sebelum ini tidak ada usaha serius mengurus konflik dalaman PN, rundingan kerusi atau mesyuarat persiapan pilihan raya?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran gabungan itu yang berkuat kuasa serta-merta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Dalam rombakan tersebut, Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu diberhentikan daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan digantikan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Sanusi dilepaskan daripada jawatan Bendahari PN dan digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S. Subramaniam. Mohamed Azmin yang merupakan Setiausaha Agung Bersatu pula diberhentikan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung PN.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Tun Faisal menyifatkan tindakan itu sebagai \u201cpermainan politik yang kasar\u201d dan mendakwa terdapat pihak dalam PAS yang mahu menguasai PN sepenuhnya serta menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa usaha itu dapat dilihat melalui beberapa tindakan termasuk mengetepikan peranan Majlis Presiden dan memanfaatkan dominasi dalam MT PN untuk memberi tekanan kepada Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cBersatu komited untuk mempertahankan PN. Namun saya berharap rakan-rakan dalam PAS dapat membantu menghentikan kerakusan dan kegilaan yang berlaku ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PN ditubuhkan pada 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan kini dianggotai PAS, Bersatu, Gerakan serta MIPP.<\/p>\n<p>Namun, hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat semakin menjadi perhatian kebelakangan ini susulan beberapa perbezaan pandangan mengenai hala tuju serta pengurusan dalaman gabungan tersebut menjelang beberapa pilihan raya yang bakal diadakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan menggugurkan Radzi Jidin dan Mohamed Azmin Ali daripada jawatan penting dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai usaha PAS untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam gabungan itu, kata Tun Faisal Ismail Aziz. Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, penstrukturan semula kepimpinan PN yang diumumkan semalam menyebabkan jumlah wakil PAS dalam Majlis Tertinggi (MT) PN meningkat kepada lapan orang, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,126,276,541,2999],"authors":[],"class_list":["post-11724","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-pas","tag-pecat","tag-perikatan-nasional","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11724","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11724"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11724\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11725,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11724\/revisions\/11725"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11724"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11724"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11724"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11724"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}