{"id":11750,"date":"2026-06-19T06:26:02","date_gmt":"2026-06-19T06:26:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11750"},"modified":"2026-06-19T06:26:02","modified_gmt":"2026-06-19T06:26:02","slug":"pas-disaran-keluar-pn-bentuk-gabungan-baharu-bersama-umno-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-disaran-keluar-pn-bentuk-gabungan-baharu-bersama-umno-tun-faisal\/","title":{"rendered":"PAS disaran keluar PN, bentuk gabungan baharu bersama UMNO: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>PAS disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan membentuk gabungan politik baharu bersama UMNO sekiranya benar parti itu sedang mengadakan rundingan dengan parti berkenaan di luar pengetahuan kepimpinan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata PAS dilihat semakin menjadi liabiliti kepada PN berikutan beberapa tindakan dan pendirian parti itu yang didakwa tidak selari dengan kepentingan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, sepanjang kerjasama dalam PN, PAS didakwa kurang komited terhadap gabungan itu apabila terbabit dalam beberapa rundingan politik tanpa pengetahuan rakan komponen lain.<\/p>\n<p>\u201cPAS juga berulang kali menyuarakan hasrat untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional bersama UMNO. Selain itu, terdapat dakwaan parti itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO tanpa pengetahuan Bersatu atau PN,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Tun Faisal turut mendakwa PAS kurang memberi keutamaan kepada jenama PN apabila lebih cenderung menggunakan logo sendiri dalam beberapa pilihan raya, termasuk di negeri yang ditadbir parti itu seperti Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kepimpinan PN yang diterajui PAS juga didakwa gagal mengurus beberapa isu dalaman secara berkesan, termasuk kelewatan mengadakan mesyuarat penting serta memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa keputusan penting PN, termasuk pelantikan Ketua Pembangkang dan pindaan perlembagaan gabungan itu, mengambil masa yang lama untuk diselesaikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, proses membuat keputusan dalam PN turut menjadi kurang efektif kerana beberapa perkara perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan PAS dan Majlis Syura Ulama sebelum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Katanya, keadaan itu menyebabkan tindak balas politik gabungan berkenaan menjadi lebih perlahan berbanding keperluan semasa.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Tun Faisal berpendapat identiti PN sebagai gabungan yang lebih inklusif turut terjejas apabila semakin sinonim dengan imej PAS yang berteraskan warna hijau.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan ini, PN berdepan cabaran untuk menarik sokongan parti-parti lain serta pengundi bukan Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan dakwaan bahawa PAS mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan sebaliknya akan diberikan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan selepas pilihan raya itu.<\/p>\n<p>\u201cJika benar PAS sudah mengadakan rundingan dengan UMNO dan tidak akan bertanding dalam PRN Johor, maka lebih baik PAS secara sukarela meninggalkan PN dan bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.<\/p>\n<p>\u201cJika perkara ini benar, tidak wajar untuk PAS terus mempengerusikan PN. Itu lebih baik daripada PAS dilihat cuba mensabotaj BERSATU, PN dan parti-parti lain yang mahu bersama PN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Bersatu meneruskan perjuangan PN bersama parti-parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) bagi memastikan kelangsungan dan pengukuhan jenama gabungan tersebut menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan membentuk gabungan politik baharu bersama UMNO sekiranya benar parti itu sedang mengadakan rundingan dengan parti berkenaan di luar pengetahuan kepimpinan gabungan tersebut. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata PAS dilihat semakin menjadi liabiliti kepada PN berikutan beberapa tindakan dan pendirian parti itu yang didakwa tidak selari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,1590,126,1055,541,2999],"authors":[],"class_list":["post-11750","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-pembangkang","tag-perikatan-nasional","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11750"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11751,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11750\/revisions\/11751"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11750"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}