{"id":11765,"date":"2026-06-19T07:08:06","date_gmt":"2026-06-19T07:08:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11765"},"modified":"2026-06-19T07:08:06","modified_gmt":"2026-06-19T07:08:06","slug":"selangor-umum-bantuan-rakyat-rm209-juta-johor-pula-bersedia-untuk-pilihan-raya-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selangor-umum-bantuan-rakyat-rm209-juta-johor-pula-bersedia-untuk-pilihan-raya-amk\/","title":{"rendered":"Selangor umum bantuan rakyat RM209 juta, Johor pula bersedia untuk pilihan raya: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah awal menangani tekanan ekonomi semasa menerusi pengumuman 15 inisiatif baharu bernilai RM209.26 juta yang bertujuan membantu rakyat, penjawat awam dan golongan usahawan menghadapi peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata pakej yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam Sidang Khas Dewan Negeri Selangor itu membuktikan kerajaan negeri memilih untuk bertindak secara proaktif ketika ekonomi dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pakej berkenaan bukan sekadar bantuan jangka pendek, sebaliknya merupakan pelan menyeluruh bagi memperkukuh daya tahan rakyat dan ekonomi negeri.<\/p>\n<p>\u201cKetika dunia sedang berhadapan pelbagai cabaran ekonomi, Kerajaan Negeri Selangor memilih untuk bertindak lebih awal. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang bertanggungjawab bukan sekadar mengenal pasti masalah, tetapi berani mengemukakan penyelesaian yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah moratorium tiga bulan kepada 1,012 penyewa Program Smart Sewa Selangor melibatkan peruntukan RM2.22 juta.<\/p>\n<p>Langkah itu dijangka memberi kelegaan kepada keluarga yang berdepan peningkatan kos kehidupan.<\/p>\n<p>Selain itu, seramai 2,333 penjawat awam negeri turut menikmati moratorium tiga bulan bayaran balik pinjaman perumahan dengan implikasi kewangan RM2.54 juta.<\/p>\n<p>Danish berkata, bantuan berkenaan penting bagi menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.<\/p>\n<p>Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM100 juta bagi memperluaskan Program Selangor Advance (SA500) untuk meningkatkan aliran tunai syarikat, kontraktor dan perusahaan yang terlibat dalam projek kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Dana Pantas Usahawan bernilai RM20 juta turut diperkenalkan dengan menawarkan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM10,000 kepada usahawan kecil yang berdepan cabaran kos operasi.<\/p>\n<p>Satu lagi langkah yang mendapat perhatian ialah pengurangan kadar sewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 30 peratus selama enam bulan, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 21,000 peniaga kecil di seluruh Selangor.<\/p>\n<p>\u201cIni membuktikan kerajaan negeri memahami denyut nadi peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyambut baik peruntukan bagi program transisi kerjaya dan peluang pekerjaan baharu yang disifatkan mampu membantu rakyat yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan serta ketidaktentuan pasaran buruh.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Danish turut menyindir pihak yang didakwa lebih gemar memainkan sentimen politik berbanding menawarkan penyelesaian kepada masalah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, ketika ada pihak masih memilih untuk memainkan sentimen politik dan mencari keuntungan daripada keresahan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor memilih untuk bekerja. Ketika ada yang hanya bercakap mengenai masalah, Selangor tampil dengan penyelesaian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan sering mencatatkan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.<\/p>\n<p>Justeru, pengumuman pakej bantuan itu dilihat sebagai usaha kerajaan negeri memastikan kekuatan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat yang boleh dirasai rakyat melalui bantuan, perlindungan sosial dan peluang ekonomi.<\/p>\n<p>Danish berkata beliau yakin langkah yang diumumkan itu mampu meringankan beban rakyat selain memperkukuh ekonomi negeri dalam tempoh mencabar ketika ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah awal menangani tekanan ekonomi semasa menerusi pengumuman 15 inisiatif baharu bernilai RM209.26 juta yang bertujuan membantu rakyat, penjawat awam dan golongan usahawan menghadapi peningkatan kos sara hidup. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata pakej yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam Sidang Khas Dewan Negeri Selangor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,944,952,409,630,103,506,96],"authors":[],"class_list":["post-11765","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bantuan","tag-danish-hairudin","tag-dun","tag-johor","tag-prn","tag-rakyat","tag-selangor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11765","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11765"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11765\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11766,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11765\/revisions\/11766"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11765"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11765"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11765"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11765"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}